UNIVERSITI

Tanta

Tanta

Tanta adalah bandar kecil ibu negeri bagi Muhafazah Gharbia, Mesir. Ia merupakan  kawasan populasi tertinggi di Mesir.  Tanta terletak 90km dari Kaherah dan 120km dari Iskandariah.

Sejarah Universiti Tanta

Pada 1962, sebuah fakulti Perubatan telah ditubuhkan iaitu, Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah yang bertempat di Tanta. Penubuhan fakulti ini menjadi batu asas kepada penubuhan fakulti-fakulti baru seperti Fakulti Sains, Fakulti Perniagaan dan Fakulti Pendidikan di Tanta, Fakulti Pertanian juga telah ditubuhkan di Kafr el-Sheikh pada tahun 1969, kesemua fakulti ini adalah merupakan cawangan kepada Universiti Iskandariah.

    Kemudian pada tahun 1970, barulah tertubuhnya Universiti Tanta yang pada asalnya merupakan cawangan Universiti Iskandariah yang merangkumi Fakulti Perubatan, Fakulti Sains, Fakulti Perniagaan dan Fakulti Pendidikan di Tanta serta Fakulti Pertanian di Kafr el-Sheikh. Universiti Tanta di isytiharkan sebagai universiti kelima Republik Arab Mesir, selepas Universiti Kaherah, Ain Shams, Alexandria dan Assiut.

    Pada tahun 1976, Fakulti Pergigian, Farmasi , undang-undang, kejuruteraan, pertanian dan perubatan veterinary telah ditambah di Universiti Tanta dan cawangannya di Kafr El-Sheikh. Pada tahun 2006, cawangan Universiti Tanta di Kafr El-Sheikh telah dimansuhkan dan seterusnya menubuhan Universiti Kafr El-Sheikh yang menjadikan Universiti Tanta sebagai paksi dan asas bagipenubuhan universiti baru.

Kini terdapat 13 buah fakulti yang terdapat di Universiti Tanta.

Visi Universiti Tanta

    Universiti Tanta adalah sebuah institusi penyelidikan dan akademik yang berdedikasi untuk berbakti dalam membangunkan pengetahuan di dalam pelbagai bidang sains dan kemahiran,membangunkan kemampuannya untuk menempatkan dirinya di kedudukan yang lebih baik di kalangan universiti di Mesir dan Arab,untuk berkongsi di dalam pembangunan ekonomi dan sosial disudut lain kemasyarakatan,untuk menjaga dan mengekalkan khazanah intelek dan kebudayaan Mesir,untuk menyokong hak-hak kemanusiaan,dan juga untuk melindungi persekitaran memastikan rohani,etika dan nilai-nilai profesional masyarakat itu terpelihara.

Misi Universiti Tanta

   Universiti ini menyediakan peluang terbaik dalam pengajian tinggi dengan standard akademik yang tinggi dalam semua lapangan pengetahuan dan semua peringkat untuk rakyat Mesir dan individu lain yang berminat supaya mereka layak mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi dan sosial. Universiti ini menjalani pembangunan pengetahuan yang berterusan menerusi kajian sains yang teliti. Universiti ini juga menyediakan penyelesaian yang praktikal dan perundingan yang professional kepada pengeluar dan institusi perkhidmatan yang lain serta memelihara keadaan sekeliling.

Perancangan Strategik dan Objektif

Perancangan universiti ini adalah berdasarkan kepada 2 konsep iaitu kejayaan dan kerjasama serta matlamat yang ingin dicapai termasuklah:

  1. Mencapai taraf kelas dunia dalam menyediakan perkhidmatan dan program
  2. Mengambil dan menceduk teknologi-teknologi baru dan moden terutamanya dari bidang teknologi maklumat
  3. Penumpuan kepada pembangunan negara melalui penyelidikan saintifik yang berkemahiran tinggi
  4. Bekerjasama dengan institusi berhampiran dalam menyelesaikan masalah berkaitan pengeluaran dan perkhidmatan
  5. Menjadi sebuah institusi yang dikenali dan di antara rujukan yang teratas di Mesir dan dunia Arab
  6. Menunjukkan penyertaan yang efektif dalam seminar dan konferens di dalam dan luar Negara
  7. Mewujudkan satu persaingan dengan universiti-universiti lain di Mesir dan negara Arab dalam bidang akademik dan penyelidikan
  8. Mempunyai hubungan yang baik dan erat dengan universiti-universiti di negara Arab dan antarabangsa dan juga dengan institusi profesional

Lokasi Universiti

Universiti Tanta terletak di Tanta,ibu negeri Gharbiya.Tanta terletak 90 km dari Kaherah dan 120 km dari Alexandria.Universiti ini adalah berada terus di bawah pengawasan dan diselia oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.

Program pelajar Malaysia di Universiti Tanta

Program ini bermula buat pertama kalinya di Universiti Tanta pada sesi 2006/2007 dan ia menawarkan ijazah M.B.B.C h. dalam bidang perubatan. Ketika itu pelajar Malaysia yang mengikut program ini berjumlah 30 orang. Sebelum itu,sudah terdapat 4 orang pelajar Malaysia yang telah belajar di sini setahun lebih awal, namun mereka bukanlah pelajar yang mengikuti program ini. Mereka adalah pelajar G2G. Adapun pelajar program ini yang berjumlah 30 orang tadi,mereka dinamakan sebagai pelajar MOU. Pada sesi 2006/2007 itu terdapat juga pelajar G2G dan mereka ini hanya berjumlah seramai 4 orang. Pada sesi yang lepas, sesi 2007/2008,seramai 30 orang pelajar telah datang.Untuk sesi kali ini pula(sesi 2008/2009),seramai 52 orang pelajar telah datang.(Separuh G2G dan separuh MOU).

    Bermula dengan ambilan 2010/2011 mahasiswa Program MOU dikenakan yuran sebanyak USD 3000 untuk tahun pertama dan diikuti dengan yuran tahunan berikutnya(tahun dua hingga enam) yang akan berjumlah USD 9000 pula.

   Program Ijazah M.B.B.Ch ini adalah selama 6 tahun dimana 3 tahun pertama adalah ‘basic science stage’ dan 3 tahun kedua adalah ‘clinical stage’. Mereka yang berjaya memperoleh ijazah ini akan dikenakan khidmat wajib selama 5 tahun bersama kerajaan Malaysia.

Untuk lebih info layari:

http://www.tanta.edu.eg/en/

One thought on “UNIVERSITI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *