UNIT DANA

  1. 1.    UNIT DANA

KETUA: AHMAD AFIQ BIN ABDULLAH ZAN

01116856004

TIMBALAN: NABILAH BINTI MAT MUHSIN

01110712229

 

Mengapakah projek ini diwujudkan?

Projek ini diilhamkan demi membantu menambah sumber kewangan persatuan PERUBATAN yang kian berkembang dengan bilangan ahli yang sudahpun mencecah 7160 orang di seluruh Mesir. Selain daripada hasil jualan dan perniagaan yang dijalankan antara persatuan dan ahli, PERUBATAN juga berhasrat untuk mengambil alternatif lain bagi meningkatkan kewangan persatuan dengan mendapatkan dana daripada pihak perseorangan, ahli keluarga ahli mahupun mana-mana syarikat yang sudi menyumbang.

 

Ke manakah dana ini dialirkan?

Pergerakan kewangan dana ini adalah tidak lain tidak bukan akan kembali kepada ahli-ahli PERUBATAN sendiri sama ada dalam bentuk aktiviti-aktiviti, program-program serta produk-produk keluaran PERUBATAN yang digunakan sebagai modal dan sumber kewangan.

 

Bagaimanakah projek ini dapat digerakkan?

Para sukarelawan yang sudi dan berminat serta yang dilantik untuk menggerakkan projek ini bebas mencari dana atau sumbangan daripada ahli keluarga terdekat yang berkemampuan, daripada badan-badan bukan kerajaan, ataupun daripada syarikat-syarikat perniagaan khususnya bagi ahli yang pulang bercuti ke Malaysia pada cuti musim panas ini.

Sumbangan tersebut bolehlah disalurkan dalam bentuk barangan, produk atau kewangan untuk program tertentu mahupun kewangan umum.

Setiap sukarelawan pencari dana akan mendapat satu fail berisi surat rasmi PERUBATAN, surat sokongan Education Malaysia Egypt (EME), kertas kerja dana PERUBATAN, borang sumbangan dan resit rasmi PERUBATAN. Kertas kerja dana PERUBATAN ini mengandungi maklumat-maklumat tentang persatuan serta keperluan-keperluan persatuan berupa barangan dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *