A. OBJEKTIF

• Meringankan beban mana-mana ahli PCT yang ditimpa musibah seperti kehilangan wang, kematian ahli keluarga dan sebagainya.
• Mengeratkan ukhuwah antara ahli PCT dengan saling membantu, dalam erti kata yang lain, ahli yang mempunyai wang yang banyak menghulurkan sedikit bantuan kepada mana-mana ahli yang kesempitan wang.
• Membina silaturrahim antara ahli PCT dengan yang bukan ahli memandangkan unit ini memperuntukkan sejumlah wang bagi mereka yang bukan ahli.
• Membuktikan keprihatinan PCT dalam menjaga kebajikan semua ahli tanpa sebarang diskriminasi.


B. PELAKSANAAN

I. Kaji Selidik
• Borang kaji selidik unit kebajikan PCT akan diisi secara online atau boleh dapatkan borang pada wakil Biro kebajikan di setiap kelas.
• Semua borang yang telah siap diisi akan diserahkan kepada wakil Biro kebajikan di setiap kelas atau ketua/timbalan unit TKS

II. Analisis

• Semua borang yang sampai kepada ketua/timbalan ketua unit akan dianalisis bagi menentukan jumlah pelajar yang layak untuk menyumbang kepada TKS serta jumlah pelajar yang layak untuk menerima sumbangan secara automatik.

III. Kutipan & Penjumlahan wang TKS

• Kutipan wang sebanyak LE 50 akan dijalankan daripada setiap ahli perubatan yang layak untuk menyumbang pada bulan oktober 2013. Namun begitu, jika terdapat para ahli yang ingin menyumbang lebih daripada jumlah itu, pihak TKS amat mengalu-alukan sumbangan tersebut.
• Kutipan akan dijalankan oleh wakil-wakil unit kebajikan PCT yang telah ditetapkan.
• Jumlah kutipan yang telah berjaya dipungut akan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:

i. 50% diperuntukan kepada skim pinjaman.
ii. 40% diperuntukan kepada skim pemberian sumbangan.
iii. 10% diperuntukkan kepada selain daripada ahli perubatan, contohnya mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar yang mengambil aliran agama dan bahasa serta pelajar sains kesihatan yang tidak mendaftar sebagai ahli PERUBATAN.

IV. Pemusatan Wang TKS Dari Seluruh Muhafazah Serta Pengagihannya

• Wakil-wakil unit kebajikan PERUBATAN di setiap muhafazah akan menyerahkan semua wang yang telah berjaya dikutip di muhafazah masing-masing bagi tujuan pemusatan wang TKS.

• Tujuan pemusatan wang TKS ini dilakukan adalah untuk mengimbangkan antara muhafazah yang terdapat ramai ahli yang layak menyumbang (namun tidak ramai pula yang layak menerima sumbangan) dengan muhafazah yang mempunyai ramai ahli yang memerlukan bantuan/sumbangan TKS (namun tidak ramai pula yang layak untuk menyumbang).

• Semua wang yang telah berjaya dipusatkan akan diagihkan kepada semua muhafazah mengikut nisbah-nisbah yang akan ditetapkan kemudian (bergantung kepada status kewangan TKS, jumlah ahli yang layak menerima sumbangan di setiap muhafazah, serta jumlah keseluruhan ahli di setiap muhafazah).

V. Sumbangan

• Sebanyak 40% daripada jumlah wang TKS yang diterima setelah pengagihan wang TKS kepada semua muhafazah dilakukan akan diperuntukkan untuk skim pemberian sumbangan TKS.

• Senarai nama mereka yang layak untuk menerima sumbangan secara automatik akan dikenalpasti oleh AJK Tabung Kasih Sayang dan akan diberikan sumbangan secara rutin.

• (MEMOHON SUMBANGAN)-Bagi sumbangan yang tidak bersifat automatik (yang bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu mengikut etika pemberian sumbangan TKS), keadaan ini perlu dilaporkan oleh wakil-wakil unit kebajikan PCT yang telah ditetapkan di setiap tahun pengajian di setiap universiti kepada ketua/timbalan ketua unit TKS untuk tindakan selanjutnya.

VI. Pinjaman

• Sebanyak 50% daripada jumlah wang TKS yang diterima setelah pengagihan wang TKS kepada semua muhafazah dilakukan akan diperuntukkan untuk skim pinjaman TKS.

• Borang pinjaman akan diedarkan kepada wakil-wakil unit kebajikan PCT yang telah ditetapkan di setiap tahun pengajian di setiap universiti.

• Mana-mana ahli PERUBATAN yang ingin membuat pinjaman bolehlah mendapatkan borang tersebut daripada wakil-wakil berkenaan ataupun terus kepada ketua/timbalan unit TKS

• Wakil-wakil unit kebajikan PERUBATAN yang telah bertanggungjawab untuk menerima borang yang telah siap diisi oleh pemohon untuk diserahkan kepada ketua/timbalan ketua unit kebajikan.

• Kelulusan pinjaman tersebut adalah berdasarkan etika skim pinjaman TKS(sila rujuk di bawah) serta budi bicara ketua/timbalan ketua unit kebajikan.

 

C. Etika skim pinjaman TKS

1- Skim Pinjaman TKS ini diwujudkan dengan tujuan untuk membantu ahli-ahli PERUBATAN yang memerlukan wang dengan jumlah yang banyak dalam kadar yang segera.

2- Di antara kes-kes yang memungkinkan seseorang itu untuk memohon pinjaman dari tabung ini ialah:

  • Membayar yuran pengajian.
  • Sakit kritikal yang memerlukan rawatan di hospital.
  • Pulang ke Malaysia atas sebab-sebab kecemasan.
  • Kehilangan duit kerana ditipu, dicuri atau keciciran.
  • Melahirkan anak.
  • Berkahwin (mengikut keadaan)
  • Kes-kes lain mengikut pertimbangan Ketua Biro Kebajikan.

3- Syarat-syarat peminjam :

  • Ahli PERUBATAN.
  • Mampu untuk membayar balik pinjaman dalam masa DUA (2) bulan.

4- Pemohon pinjaman TKS perlulah mendapat jaminan daripada seorang penjamin yang mempunyai syarat-syarat  seperti berikut :

  • Penjamin tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemohon.
  • Penjamin mestilah terdiri daripada ahli PERUBATAN yang mendapat tajaan atau pinjaman JPA/MARA/Baitulmal. Penjamin tidak boleh dipaksa untuk menjamin pemohon (atas kerelaan penjamin sendiri).

5- Nilai maksimum pinjaman yang boleh diberikan ialah sebanyak LE 1000 atau 50% dari jumlah wang perbelanjaan yang diperlukan oleh pemohon (mengikut nilai mana yang lebih rendah), tetapi keadaan ini tertakluk kepada nilai simpanan semasa TKS.

6- Peminjam perlu membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman dalam tempoh selewat-lewatnya DUA (2) bulan daripada tarikh mendapat pinjaman. Sekiranya tidak dapat membuat bayaran, surat peringatan akan diberikan kepada peminjam atau penjamin.

7- Pinjaman yang diberikan oleh Biro Kebajikan PERUBATAN boleh ditukar menjadi derma sumbangan TKS atas sebab-sebab dan syarat-syarat tertentu mengikut pertimbangan Ketua Biro Kebajikan.

8- Ahli-ahli PERUBATAN yang ingin memohon pinjaman daripada tabung ini bolehlah mendapatkan borang daripada wakil-wakil biro kebajikan PERUBATAN yang telah ditetapkan di setiap tahun pengajian di setiap universiti.

 

D.Etika Skim Sumbangan TKS

1- Skim Sumbangan TKS ini diwujudkan bertujuan untuk membantu mana-mana ahli PERUBATAN yang memerlukan sumbangan daripada Biro Kebajikan PERUBATAN. Terdapat 2 jenis sumbangan yang disediakan oleh pihak kami:

  • PERTAMA, ahli PERUBATAN yang dikira layak menerima sumbangan secara automatik akan diberikan sumbangan secara rutin kepada mereka yang telah dikenalpasti sebagai sahabat TKS (di mana AJK Tabung Kasih Sayang sendiri telah mengenalpasti mereka yang memerlukan sumbangan secara automatik ini).

*Senarai sahabat TKS dirombak berdasarkan sesi akademik.

  • KEDUA, bagi mereka yang tidak layak menerima sumbangan secara automatik, satu peruntukan khas telah diwujudkan untuk membantu mana-mana ahli PERUBATAN yang difikirkan layak untuk menerima sumbangan, seperti mereka yang mengalami keadaan-keadaan seperti berikut:
  1. Kematian ahli keluarga terdekat ahli PERUBATAN (ibu, ayah, atau adik-beradik sahaja).
  2. Kemalangan yang melibatkan ahli PERUBATAN (nilai bergantung kepada keperluan rawatan dan budi bicara AJKT PERUBATAN).
  3. Kes-kes peribadi berkaitan ahli PERUBATAN: eg: melahirkan anak
  4. Ditimpa musibah sama ada ahli keluarga terdekat atau diri sendiri di Mesir atau di Malaysia. Contoh musibah seperti kebakaran rumah, sakit yang kritikal yang memerlukan rawatan di hospital, kehilangan/kecurian wang lebih daripada 500 LE, dan rompakan rumah.
  5. Ahli PERUBATAN yang kesempitan wang dari aspek kos sara hidup, pembelajaran, tiada tajaan biasiswa dan sebagainya.
  6. Kes-kes lain mengikut pertimbangan ketua/timbalan ketua biro kebajikan.

c. Skim Azhari

1. Membantu mana-mana mahasiswa/wi pengajian Islam berdasarkan pertimbangan ketua/timbalan biro kebajikan.

E. HARAPAN

• Semoga dengan penubuhan unit TKS ini dapat bertindak sebagai platform kepada semua ahli PERUBATAN untuk menambahkan amal kebajikan dengan membantu mereka yang mengalami kesusahan terutamanya dari segi kewangan.
• Harapan kami dari AJK unit TKS agar semua ahli dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya dan sokongan padu kepada kami ke arah membentuk komuniti PERUBATAN yang harmoni.

 

disediakan oleh : Unit TKS Biro Kebajikan 2013/14
==============
Media powered by

 

 

 

Pautan lain:

| Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

| Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif |
|Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|