ETIKA UMUM JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN SOSIAL ISLAM (JAKSI) PERUBATAN

ETIKA UMUM JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN SOSIAL ISLAM (JAKSI) PERUBATAN

 logo_jaksi_light

FASAL (1) –INDIVIDU

1) Semua ahli PERUBATAN mestilah melaksanakan segala perintah Allah, meninggalkan segala larangan-Nya dan berakhlak sebagai seorang muslim.
2) Pemakaian setiap mahasiswa dan mahasiswi hendaklah berlandaskan syara’ dan sopan .
3) Sebarang tontonan, sebaran atau simpanan bahan yang bertentangan dengan syara’ adalah dilarang sama sekali.

FASAL (2) –IKHTILAT

1) Sebarang program atau pertemuan yang melibatkan percampuran mahasiswa dan mahasiswi yang bertentangan dengan syara’ adalah dilarang sama sekali.
2) Sebarang program yang melibatkan percampuran antara mahasiswa dan mahasiswi dibolehkan sekiranya:
a) Bebas dari unsur-unsur yang boleh menimbulkan fitnah.
b) Bebas dari unsur-unsur maksiat dan melalaikan.
c) Program tersebut dimaklumkan kepada pihak PERUBATAN.
3) Sebarang urusan melalui teknologi komunikasi antara mahasiswa dan mahasiswi adalah setakat keperluan sahaja dan mestilah mengikut garis panduan Islam.

FASAL (3) – LARANGAN KELUAR MALAM & PERKHIDMATAN MUSYRIF

1) Mahasiswi hendaklah berada di rumah sebelum masuk waktu maghrib.=
2) Mahasiswi tidak dibenarkan keluar pada waktu malam kecuali jika mempunyai urusan yang penting sahaja.
3) Sebarang urusan penting untuk keluar pada waktu malam hendaklah menggunakan perkhidmatan musyrif yang disediakan.
4) Etika perkhidmatan musyrif:
a) Musyrif hendaklah memastikan keselamatan mahasiswi berada dalam keadaan terjamin.
b) Musyrif tidak terdiri dari pada kekasih atau tunang.
c) Musyrif mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.
d) Musyrif hendaklah memastikan tidak berlaku sebarang bentuk fitnah.
e) Sebarang hubungan atau muamalat ketika khidmat musyrif hendaklah berlandaskan syarak.

FASAL (4) – LAWATAN

1) Tidak dibenarkan lawatan yang melibatkan percampuran antara mahasiswa dan mahasiswi.
2) Sebarang lawatan mestilah dimaklumkan kepada pihak PERUBATAN.
3) Sebarang lawatan mahasiswi hendaklah ditemani oleh pasangan yang telah berkahwin atau individu yang dilantik oleh JAKSI.
4) Tidak dibenarkan sebarang lawatan dibuat ketempat-tempat yang tidak wajar, tidak selamat atau tidak sesuai selaku mahasiswa/wi Muslim mengikut ketetapan semasa.
5) Lawatan AJKT/Pimpinan yang melibatkan Mahasiswa dan Mahasiswi hendaklah disertai pasangan suami isteri atau mendapat keizinan JAKSI.

FASAL (5) – SUKAN

1) Semua ahli PERUBATAN hendaklah bermain dalam keadaan yang menutup aurat dengan sempurna.
2) Setiap aktiviti sukan yang diadakan hendaklah tidak berlaku percampuran antara mahasiswa dan mahasiswi.
3) Sukan mahasiswi hendaklah diadakan di tempat tertutup dan berada di bawah pantauan JAKSI.

FASAL (6) – PENGINAPAN DAN PENGGUNAAN TEMPAT TINGGAL

1) Mahasiswa sama sekali tidak dibenarkan menginap di rumah mahasiswi dan sebaliknya.
2) Mahasiswa dan Mahasiswi tidak dibenarkan menginap bersama-sama di rumah pasangan yang berkahwin.
3) Pasangan berkahwin dibenarkan menginap di rumah Mahasiswa atau Mahasiswi dengan syarat rumah itu dikosongkan.
4) Mahasiswi yang memerlukan bantuan mahasiswa untuk membaiki peralatan dalam rumah hendaklah memaklumkan kepada Biro Perumahan/JAKSI.
5) Sebarang perkumpulan yang melibatkan percampuran antara mahasiswa dan mahasiswi di rumah mahasiswa atau mahasiswi adalah dilarang kecuali dihadiri oleh pasangan berkahwin dan di bawah makluman JAKSI.

FASAL (7) – KESELAMATAN

1) Dilarang mencetuskan pergaduhan dan menyertai demostrasi bersama warga tempatan.
2) Elakkan daripada menjemput warga arab masuk kerumah.
3) Bagi urusan membaiki rumah mahasiswi oleh warga Arab, mahasiswi tersebut mestilah ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang musyrif dan mahasiswi lain atas makluman JAKSI.
4) Elakkan menaiki kenderaan awam bersendirian.
5) Elakkan daripada melalui kawasan yang tidak selamat, walaupun pada waktu siang.

FASAL (8) – MESYUARAT

1) Mesyuarat yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi hendaklah dimaklumkan kepada pihak JAKSI.
2) Mesyuarat yang melibatkan urusan persatuan hanya boleh dijalankan di premis berikut:
a) Markas PERUBATAN.
b) Rumah-rumah BKAN, Markas DPM dan DMAK.
c) Rumah pasangan berkahwin selepas mendapat keizinan dari pihak JAKSI dan pasangan tersebut dan dipantau oleh pasangan yang berkahwin.
3) Tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat di rumahMahasiswa/wi kecuali ditemani oleh pasangan suami isteri.

FASAL (9) – TINDAKAN & ADUAN

1) Sebarang perbuatan atau tingkah laku yang melanggari etika JAKSI akan dikenakan tindakan oleh pihak JAKSI berdasarkan pertimbangan sewajarnya.
2) Sebarang aduan dan permasalahan boleh diajukan terus kepada:
a) Pengarah JAKSI: Aiman Dan Bin Anuar (+201116856006)
b) Timb. Pengarah JAKSI: Ainin Sofiya Binti Baharudin (+201125994747)
c) Emel: jaksiperubatan@yahoo.com

disediakan oleh :

__________________________________

==============
Media powered by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *