Isu lambakan doktor yang kini hangat diperkatakan menimbulkan sikap daya saing pelajar untuk menjadi yang terbaik daripada kalangan yang terbaik. Oleh itu, para pelajar digalakkan untuk menjalani elektif posting/attachment untuk menaik taraf kemahiran diri masing-masing.

 

Bagi mana-mana pelajar yang ingin membuat posting elektif/attachment di hospital di Malaysia semasa cuti musim panas ini, sila isikan maklumat diri anda ke dalam Borang Permohonan Surat Sokongan Dekan selewat-lewatnya pada 14hb Mac 2013 untuk mendapatkan SURAT SOKONGAN daripada Dekan Universiti Fakulti Perubatan atau Pergigian.

 

Setelah mendapatkan surat sokongan yang disahkan, para pelajar perlu memuat turun Garis Panduan dan Borang Permohonan  posting elektif/attachment bersumberkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KMM).

 

Lengkapkan borang permohonan dan kepilkan sekali item-item yang diperlukan mengikut garis panduan untuk diserahkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri atau Institusi yang dipohonsekurang-kurangnya 3 bulan sebelum menjalani posting elektif/attachment nanti.

 

Terpulang kepada pelajar untuk menyerahkan dokumen kepada hospital/Jabatan Kesihatan Negeri melalui emel mahupun pos kepada keluarga di Malaysia atau menyerahkan sendiri dokumen berkenaan.

 

Terdapat beberapa pautan untuk diambil perhatian;

1)Hospital-hospital di Malaysia,

http://www.moh.gov.my/gov_hospitals

 

2)Jabatan Kesihatan Negeri,

http://www.moh.gov.my/v/jkn

 

3)Kalam senior daripada Universiti Kaherah mengenai posting elektif/attachment,

http://www.faizalbobby.com/p/faq-elective-posting-in-malaysia.html

 

Biro Akademik menyeru ahli PERUBATAN Cawangan Tanta memanfaatkan peluang dengan sebaiknya untuk melahirkan mahasiswa profesional berminda kelas pertama lengkap dengan kemahiran klinikal yang mapan.

 

disediakan oleh : Biro Akademik
==============
Media powered by

 

Pautan lain:

| Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

| Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif |
|Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|