ABOUT PCT

 

 

SEJARAH : PERUBATAN Cawangan Tanta atau singkatannya PCT merupakan salah satu organisasi yang baru sahaja wujud pada tahun 2006 yang dahulunya dikenali sebagai PERUBATAN Tanta Chapter dengan keahlian seramai 38 orang pelajar perubatan.

Organisasi ini dinamakan sebagai cawangan pada tahun 2007 merupakan sebahagian atau cabang daripada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) yang juga dahulunya dikenali sebagai Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir.

Keahlian PCT hingga tahun 2007 ialah seramai 4 orang pelajar Tahun 3, 31 orang pelajar tahun 2 dan dijangka seramai lebih dari 40 orang dari Tahun 1 yang kesemuanya merupakan pelajar Malaysia kuliyah perubatan di Universiti Tanta.

Pada tahun 2014, selaras dengan usul yang yang telah dipersetujui pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-9 bertempat di Kaherah, nama Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) telah dipinda kepada  Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN).

Sehingga kini, keahlian PERUBATAN Cawangan Tanta telah mencapai seramai lebih 700 orang yang terdiri daripada pelajar jurusan sains kesihatan Universiti Tanta, Mesir yang merangkumi bidang perubatan dan pergigian di universiti tersebut.

MOTO : “At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

Untuk lebih info layari:

LAMAN SOSIAL RASMI PERUBATAN CAWANGAN TANTA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *