[ KENYATAAN RASMI | PENGUMUMAN CALON AJKT FASA 1 ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Firman Allah SWT:

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

“Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-An’am: 165)

Tanggungjawab memimpin itu adalah sesuatu yang menjadi kemestian bagi setiap manusia kerana diri sendiri juga harus dipimpin agar tidak tersasar daripada landasan syariat Allah SWT. Seseorang individu yang dipilih sebagai pemimpin seharusnya menyedari bahawa Allah sebenarnya yang memilih dirinya. Sebagaimana firman Allah SWT di atas, dijelaskan bahawa Allah sebenarnya yang menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi, dan bukannya atas pilihan kita sendiri. Justeru, kita sebagai seorang mukmin harus yakin dan percaya pada qada’ dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Sementara itu, di peringkat Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Tanta telah pun bermesyuarat dan memutuskan nama untuk dinaikkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta bagi sesi 2021/2022.

Berikut adalah senarai nama calon AJKT Fasa I:

AJKT IKHWAH

  1. MUHAMMAD ARIF BIN HAMRI

AJKT AKHAWAT

  1. ZARIFAH SYAZANA BINTI ISHAK

Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli agar proses MMPC ini berjalan dengan lebih baik.

Wa Allahu ta’ala a’lam.

Sekian, terima kasih.

Abdel Haqqul Mateen bin Abd Rani,
Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),
PERUBATAN Cawangan Tanta 2020/2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *