[ KENYATAAN RASMI MMPC | PENGUMUMAN HASIL KEPUTUSAN ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah dan kurnia-Nya kepada kita semua. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua tergolong sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat baginda di hari akhirat kelak.

Dari Abu Ya’la iaitu Ma’qil bin Yasar r.a, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada seorang pemimpin pun yang dilantik untuk urusan muslimin kemudian ia tidak bersusah payah untuk mereka dan menasihati mereka, kecuali tidak dimasukkannya ke syurga bersama-sama mereka”
(Hadis riwayat Muslim)

Setelah melalui beberapa fasa perbincangan maka Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Tanta telah pun berjaya mengeluarkan keputusan untuk barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2021/2022.

Berikut merupakan barisan kepimpinan PCT 2021/2022 yang telah diputuskan:

PENGERUSI:
MUHAMMAD ARIF BIN HAMRI

TIMBALAN PENGERUSI:
ZARIFAH SYAZANA BINTI ISHAK

Tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga Allah SWT merahmati mereka yang ikhlas dalam membantu sahabat-sahabat yang lain di bumi Tanta ini.

“Berkat, Telus dan Cekap”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Siiru a’la barakatillah.

Abdel Haqqul Mateen bin Abd Rani
Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),
PERUBATAN Cawangan Tanta 2020/2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *