[ KENYATAAN RASMI: PELANTIKAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) 2020/2021 ]

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.. Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat
(Surah An-Nisa’ Ayat 58)

Sabda Rasulullah S.A.W.,

“Jika kamu keluar tiga orang ke suatu tempat maka lantiklah salah seorang daripada kamu menjadi ketua.”
(Riwayat Muslim)

Perlembagaan PERUBATAN pada Fasal 20 Ceraian (d),

“Antara tugas-tugas ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN adalah menentukan kaedah pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan”

Selari dengan perlembagaan di atas, Lembaga Penasihat PERUBATAN telah memutuskan untuk Perubatan Cawangan Tanta (PCT) menubuhkan Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) bagi menggantikan sistem pilihanraya. Ahli MMPC akan bermesyuarat bagi mencalonkan AJKT untuk sesi akan datang.

Sehubungan dengan itu, hasil perbincangan daripada peringkat Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dan dipersetujui oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN, dengan ini melantik;

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC)
Pengarah: Abdel Haqqul Mateen Bin Abd Rani
Timbalan Pengarah: Nurul Faizah Binti Rohaizat

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) akan bergerak mengikut jalur masa yang telah disusun dan akan diseelaraskan dengan pilihanraya PERUBATAN di cawangan lain.

Akhir kata, semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Abdel Haqqul Mateen Bin Abd Rani,
Ketua Lembaga Penasihat,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2020/2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *