[ KENYATAAN RASMI: AJKT KEKAL SESI 2021/2022 ]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kerana dengan berkat kasih sayang dan mujahadah baginda, kita semua masih lagi diberi peluang menikmati nikmat iman dan islam.

Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar buat kita semua. Waktu terasa berlalu dengan sangat pantas. Sedar tidak sedar, telah masuk fasa kedua kepimpinan 2020/2021 PCT. Bermaksud, fasa pemilihan pimpinan baru untuk sesi hadapan telah tiba.

Merujuk perlembagaan PERUBATAN pada Fasal 28 Perkara 1 (d) yang menyatakan:

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Sehubungan dengan itu, perbincangan telah dibuat dari barisan Majlis Tertinggi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2020/2021, kini telah memutuskan untuk mengekalkan 2 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) sesi ini ke sesi seterusnya (2021/2022).

Berikut merupakan AJKT yang telah dipilih untuk dikekalkan ke sesi pimpinan 2021/2022.

AJKT KEKAL SISWA:
1) Muhammad Arif bin Hamri (Tahun 5 Perubatan)

AJKT KEKAL SISWI:
1) Zarifah Syazana binti Ishak (Tahun 6 Perubatan)

Semoga AJKT yang dikekalkan ini diberi kekuatan dan pertolongan oleh-Nya untuk meneruskan perjuangan dan amanah yang diberikan seterusnya menjaga kebajikan ahli PERUBATAN Cawangan Tanta pada sesi hadapan.

Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk orang lain”
(HR Ahmad, at-Thabrani dan ad-Daruquthni)

Siiru a’la barakatillah.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“Satu Hati, Satu PCT”

Muhammad Arif bin Hamri,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2020/2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *