[SOALAN LAZIM AHLI BERKAITAN KUARANTIN DI TANTA]

1) Berapa tempoh kuarantin sebelum melakukan ujian sampel PCR?

Tempoh kuarantin adalah selama 14 hari kerana tempoh inkubasi / tempoh dorman untuk virus tunjukkan tanda dan gejala mengambil masa 14 hari. Selepas selesai kuarantin, pelajar dinasihatkan untuk menjalankan ujian sampel PCR.

2) Dimanakah tempat kuarantin pelajar setelah tiba di Mesir?

Pelajar dinasihatkan untuk menjalani kuarantin di premis sendiri. Elakkan berada bersama pelajar yang sudah lama berada di Mesir.

Sekiranya terpaksa berada bersama dengan pelajar yang sudah lama berada di Mesir, jalankan langkah-langkah berikut:

1. Dapatkan persetujuan ahli rumah untuk kuarantin bersama dan kesudian menanggung sebarang risiko.
2. Jaga penjarakan sosial , elakkan berpelukan, bersalaman dan berkumpul di dalam rumah.
3. Sediakan satu bilik khas di dalam rumah.
4. Individu kuarantin hanya keluar untuk ke tandas dan dapur jika perlu.
5. Proses disinfeksi rumah perlu dilakukan secara berkala.
6. Patuhi SOP kuarantin yang dikeluarkan di peringkat PERUBATAN.

3) Bolehkah saya ingin menukar tempat kuarantin atas sebab tidak selesa kuarantin di rumah orang lain?

Ahli perlu berbincang dengan baik bersama sahabat-sahabat yang perlu menjalani kuarantin berkaitan tempat kuarantin yang disepakati sebelum mengambil keputusan untuk menetap di tempat tersebut sepanjang kuarantin.

Ahli tidak dibenarkan untuk berpindah tempat kuarantin sepanjang tempoh dua minggu kuarantin.

4) Adakah pelajar dibenarkan ke kelas ketika fasa kuarantin?

Setelah diteliti aulawiyat/keperluan untuk ke kelas. Hanya pelajar tahun akhir pergigian international dan perubatan dibenarkan.

Langkah pencegahan di dalam kelas :

1. Mematuhi penjarakan sosial.
2. Mematuhi SOP Keselamatan Umum.
3. Mematuhi langkah keselamatan yang baik apabila pulang ke rumah.

5) Bagaimana pelajar yang dikuarantin boleh memperoleh/membeli makanan?

1. Gunakan khidmat tausil/penghantaran ke rumah.
2. Sekiranya tiada, minta bantuan sahabat yang terdekat, dengan menyerahkan senarai keperluan bagi tempoh seminggu (sebaiknya) sekaligus. Ahli dinasihatkan untuk turut menjaga kebajikan sahabat yang membantu.
3. Sekiranya tiada, ahli dibenarkan untuk keluar sekali sahaja sepanjang tempoh kuarantin bagi membeli barang keperluan dengan memaklumkan kepada pengerusi atau timbalan pengerusi.

6) Adakah boleh kawan datang menjemput di lapangan terbang?

Hanya dibenarkan sekiranya akhawat yang berseorangan ataupun sekumpulan akhawat tiba di lapangan terbang pada waktu malam .
Peneman mestilah menjaga penjarakan sosial semasa berada di dalam tremco.

7) Adakah ahli boleh hadir ke kelas tuisyen luar sewaktu kuarantin?

Ahli tidak dibenarkan untuk menghadiri kelas tuisyen luar. Kuarantin perlu diutamakan berbanding menghadiri kelas tuisyen di luar.

Kebenaran diberikan bagi pelajar perubatan tahun 6 yang perlu menghadiri kelas praktikal di fakulti sahaja.

8) Perlukah membuat ujian saringan COVID setelah tamat kuarantin 14 hari?

Sebaiknya dilakukan sekiranya terdapat gejala-gejala seperti batuk, demam, dan lain-lain agar keputusan akhir lebih diyakini, kerana keputusan test yang dilakukan boleh sahaja berlaku ‘false negative’.

Maka, ahli yang bergejala sahaja diwajibkan untuk melakukan ujian kedua.

9) Adakah pelajar dentist yang baru pulang ke Mesir perlu menjalani kuarantin terlebih dahulu sewaktu sesi kuliah yang baharu bermula?

Ya, perlu. Bagi semua pelajar yang baru pulang ke Mesir, diwajibkan untuk kuarantin selama dua minggu sebelum memasuki peperiksan (bagi yang menduduki peperiksaan di kuliah) atau sebelum sesi kuliah baharu bermula.

Ahli dinasihatkan untuk datang ke Mesir lebih awal bagi melaksanakan kuarantin mencukupi tempoh dua minggu sebelum menyertai kelas atau peperiksaan.

Diharapkan semua ahli dapat mengikuti SOP yang telah ditetapkan bagi menjaga keselamatan bersama. Sama-sama kita doakan semoga Allah mengangkat wabak ini daripada bumi Mesir dan dunia seluruhnya. Amin.

Untuk sebarang aduan, permasalahan atau cadangan, sila tekan pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCT

Pengarah JAKSI PCT
Abdel Haqqul Mateen Abd Rani
Telefon & Whatsapp: +201100382077

Timb. Pengarah JAKSI PCT
Nurhaseena Mahjub
Telefon & Whatsapp: +201110938838

#SatuHatiSatuPCT
#SayangiPERUBATAN

“Haq Tertegak, Biah Terpelihara”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI),
PERUBATAN Cawangan Tanta 2020/2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *