[ KENYATAAN RASMI: Ahli Jawatakuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta 2020/2021 ]

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah rahmat-Nya dan kurnia-Nya pada hari ini dapat kita menikmati segala kenikmatan yang tidak terhitung bilangannya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang telah membawa manusia mengenal Ilahi dan mengajar manusia untuk mengejar reda Allah SWT melalui agama Islam.

Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-13 pada tanggal 14 Februari telah berlangsung dengan jayanya. Semoga setiap apa yang diperbahas dan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut akan membuahkan hasil dan membawa PCT lebih terkehadapan. Bertepatan dengan itu, tampuk kepimpinan PCT telah bertukar tangan dan akan diterajui oleh semangat-semangat baharu yang akan mengemudi bahtera ini dalam meneruskan penyebaran Islam di bumi Tanta.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28, Nombor 1 (c):

“Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.”

Oleh itu, berikut merupakan portfolio yang telah dipersetujui bersama:

Barisan Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) 2020/2021:

  1. ABDEL HAQQUL MATEEN BIN ABD RANI
  2. AFIFAH FARHANA BT ARIPIN
  3. NURUL FAIZAH BT ROHAIZAT
  4. JAHRATUL NURAIN BT AHMAD JAFRY

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) 2020/2021:

1. PENGERUSI
MUHAMMAD ARIF BIN HAMRI

2. TIMBALAN PENGERUSI
ZARIFAH SYAZANA BINTI ISHAK

3. JABATAN BENDAHARI
ANAS BIN AZMI

4. TIMBALAN JABATAN BENDAHARI
NOR SYAZWANI BT MAT KHAIRULDIN

5. KETUA BIRO AKADEMIK & BIRO PEMBANGUNAN INSAN
MUHAMMAD MURSYID BIN MOHD NASSER

6. TIMBALAN KETUA BIRO AKADEMIK & BIRO PEMBANGUNAN INSAN
AQILAH AFIQAH BINTI MD. ISA

7. KETUA BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
MUHAMMAD ANAS BIN HASSAN

8. TIMBALAN KETUA BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN
NUR KHAIRANI BINTI KHAIRULMUZAMMIL

Dengan kenyataan yang dibuat ini, maka bermulalah gerak kerja barisan pimpinan untuk berkhidmat kepada ahli seterusnya membawa PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2020/2021 ke arah perubahan dan transformasi yang lebih baik daripada sesi-sesi sebelumnya. Kami barisan pimpinan PCT sesi 2020/2021 berharap agar semua ahli memberi kerjasama dan sepenuh komitmen dalam menjayakan agenda kesatuan yang kita impikan. Sebagai pengakhiran, suka untuk saya kongsikan sebuah hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama mana hambaNya itu suka menolong saudaranya”.
(HR. Muslim)

سيرو على بركة الله
Sekian, terima kasih.

“Satu Hati, Satu PCT”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Muhammad Arif bin Hamri,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2020/2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *