[ KENYATAAN RASMI: PENGUMUMAN SENARAI NAMA PIMPINAN PERUBATAN CAWANGAN TANTA SESI 2019/2020 ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Surah al-Ahzab: 72)

Menjadi sunnatullah bagi alam ini memerlukan kuasa yang agung mentadbirnya. Jadi untuk menguruskan urusan hidup insani, Allah memberi mandat dan amanah tersebut kepada manusia untuk memikulnya. Justeru bagi lokaliti kita di Tanta, urusan tadbir diamanahkan kepada para pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta. Maka sebagai ahli, taat dan saling membantu itu sangat dituntut selagimana tidak bercanggah dengan syariat.

Tidaklah Allah mentaklifkan seseorang melainkan atas kemampuan dirinya. Mudah-mudahan peluang yang diperolehi ini menjadi ladang kebajikan untuk bekalan hari akhirat dan menjadi nilai tambah sebagai pengamal sains kesihatan yang rabbani dan kompeten.

Berikutan ada masalah yang tertentu pada senarai calon AJKT sesi 2019/2020 yang diumumkan pada Disember lalu, maka MMPC telah berbincang untuk memilih dan membuat perubahan pada calon AJKT 2019/2020. Maka, berikut merupakan senarai nama pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2019/2020 yang terkini.

PENGERUSI

Anas bin Azmi (Tahun 5 Perubatan)

TIMBALAN PENGERUSI

Afifah Farhana binti Aripin (Tahun 3 Pergigian)

AJKT IKHWAH :

Abdel Haqqul Mateen bin Abd Rani (Tahun 3 Pergigian)
Muhammad Arif bin Hamri (Tahun 3 Perubatan)
Azwan bin Omar (Tahun 6 Perubatan)

AJKT AKHAWAT :

Sofwatul Iman binti Mahadhir (Level 2 Pergigian)
Jahratul Nurain binti Ahmad Jafry (Level 2 Pergigian)

Zarifah Syazana binti Ishak (Tahun 4 Perubatan)
Nur Khairani binti Khairulmuzammil (Tahun 4 Perubatan)
Anis Afifa binti Mirhan (Tahun 4 Perubatan)
Nuril Izzati binti Tun Roslan (Tahun 5 Perubatan)

Boleh ambil perhatian terhadap perubahan yang berlaku atas sebab-sebab tertentu. Diharapkan perubahan tersebut memberi maslahah yang lebih besar untuk pergerakan PCT akan datang.

Tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga Allah SWT merahmati mereka yang ikhlas dalam membantu sahabat-sahabat yang lain di bumi Tanta ini. Cukuplah sepotong hadis ini menjadi pedoman buat mereka dan kita bersama:

“Sesiapa yang ingin bebas daripada Neraka dan mahu masuk ke Syurga,maka hendaklah ia menemui kematiannya dalam beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah ia berjasa kepada umat manusia sesuai dengan yang diinginkan oleh mayarakat itu.”
(HR Muslim)

Siiru a’la barakatillah.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“Satu Hati, Satu PCT”

Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli,
Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),
PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *