[ KENYATAAN RASMI : Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) 2019/2020 ]

 

 

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah rahmat-Nya dan kurnia-Nya pada hari ini dapat kita menikmati segala kenikmatan yang tidak terhitung bilangannya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang telah membawa manusia mengenal Ilahi dan mengajar manusia untuk mengejar reda Allah SWT melalui agama Islam.

Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-12 pada tanggal 15 Februari telah berlangsung dengan jayanya. Semoga setiap apa yang diperbahas dan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut akan membuahkan hasil dan membawa PCT lebih terkehadapan. Bertepatan dengan itu, tampuk kepimpinan PCT telah bertukar tangan dan akan diterajui oleh semangat-semangat baharu yang akan mengemudi bahtera ini dalam meneruskan penyebaran Islam di bumi Tanta.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28, Nombor 1 (c):
“Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.”

Oleh itu, berikut merupakan portfolio yang telah dipersetujui bersama:

Penasihat PERUBATAN Cawangan Tanta 2019/2020:

1. MUHAMMAD SYAHRUL ANWAR BIN FADZIL HAJAZI
2. ‘ATIRAH BINTI UMAR
3. ANIS SYAKIRAH BINTI MOHD RAMLI
4. WAN MARHAINIS BINTI WAN SOZAINI

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) 2019/2020:

BIL JAWATAN NAMA

1. PENGERUSI & BIRO KEBAJIKAN
ANAS BIN AZMI

2. TIMBALAN PENGERUSI & BIRO KEBAJIKAN
AFIFAH FARHANA BINTI ARIPIN

3. NAIB PENGERUSI I & BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN & BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR
MUHAMMAD ARIF BIN HAMRI

4. NAIB PENGERUSI II & BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN & BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR

ANIS AFIFA BINTI MIRHAN

JAHRATUL NURAIN BINTI AHMAD JAFRY

5. JABATAN SETIAUSAHA & BIRO PEMBANGUNAN INSAN & BIRO PERUMAHAN
AZWAN BIN OMAR

6. TIMBALAN JABATAN SETIAUSAHA & BIRO PEMBANGUNAN INSAN & BIRO PERUMAHAN
NUR KHAIRANI BINTI KHAIRULMUZAMMIL
ZARIFAH SYAZANA BINTI ISHAK

7. JABATAN BENDAHARI & BIRO EKONOMI & BIRO AKADEMIK
ABDEL HAQQUL MATEEN BIN ABD RANI

8. TIMBALAN JABATAN BENDAHARI & BIRO EKONOMI & BIRO AKADEMIK
NURIL IZZATI BINTI TUN ROSLAN
SOFWATUL IMAN BINTI MAHADHIR

Dengan pengumuman yang dibuat ini, maka bermulalah gerak kerja barisan pimpinan untuk berkhidmat kepada ahli seterusnya membawa PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2019/2020 ke arah perubahan dan transformasi yang lebih baik daripada sesi-sesi sebelumnya. Kami barisan pimpinan PCT sesi 2019/2020 berharap agar semua ahli memberi kerjasama dan sepenuh komitmen dalam menjayakan agenda kesatuan yang kita impikan. Sebagai pengakhiran, suka untuk saya mengajak kita semua hayati hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda:

“Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

سيرو على بركة الله
Sekian, terima kasih.

“Satu Hati, Satu PCT”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Anas bin Azmi,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2019/2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *