[ NOTIS 1: PANGGILAN MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) KALI KE 12 ]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركا ته

Alhamdulillah dan bersyukur pada Allah, kita masih diberi peluang untuk menghela nafas di atas muka bumi-Nya dan masih dikurniakan nikmat yang terbesar buat seorang manusia yakni nikmat Islam dan nikmat iman.

Tidak dilupakan juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga  baginda dan para sahabat.

وَشَاوِرۡهُمۡ فِىۡ الۡاَمۡرِ‌ۚ فَاِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى اللّٰهِ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الۡمُتَوَكِّلِيۡنَ‏

“.. bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal”.  (Surah al-Imran: 159)

Kenyataan rasmi kali ini menyentuh  ayat yang menjadi salah satu asas pergerakan sebuah organisasi malahan surah al-Imran ayat 159 meletakkan keperluan kepada kita untuk melaksanakan musyawarah atau mesyuarat dalam menghasilkan satu keputusan.

MTC kali ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli dan pimpinan untuk bertukar pandangan, bermuhasabah serta mengeratkan ukhuwwah dan kesatuan bersama-sama sambil membentuk dan memacu PCT kearah yang lebih baik.

Butiran Mesyuarat Tahunan Cawangan Tanta ke-12 adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 Februari 2019
Masa: 7.00 pagi
Tema: Kita Keluarga PERUBATAN

Di samping itu, tempoh penghantaran cadangan usul akan dibuka pada 26 Januari 2019. Kami menggalakkan kepada semua ahli yang mempunyai sebarang idea yang bermanfaat untuk dijadikan usul, boleh menghantar cadangan usul tersebut kepada kami setelah tempoh cadangan usul tersebut dibuka.

Jabatan Setiausaha (JSU) PCT Sesi 2018/2019, dengan ini menjemput ahli PCT menjadi perwakilan  Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-12  dalam membawa suara-suara ahli, mahupun menjadi pemerhati untuk kebaikan akan datang. Para ahli boleh mendaftarkan diri sebagai perwakilan/pemerhati MTC melalui wakil kelas masing-masing pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Berikut adalah lampiran surat jemputan ke MTC kali ke-11
#70 Surat Jemputan MTC

Wallahua’lam.

Satu Hati, Satu PCT”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”


 

 

 

 

 

 

 

Azwan bin Omar,
Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *