[ KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN BIRO AKADEMIK ]

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah dan kurnia-Nya kepada kita semua. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua tergolong sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat baginda di hari akhirat kelak.

Kita telah sedia maklum mengenai salah seorang daripada AJKT PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019 yang telah dijemput Ilahi. Allahyarham Sayuti bin Ishak merupakan seorang AJKT yang komited, berbakti dan menabur jasa tanpa mengharapkan sebarang ganjaran mahupun pujian. Pemergian beliau ditangisi ramai orang terutamanya warga Tanta yang begitu dekat dengannya.

Benarlah firman Allah SWT di dalam al-Quran:

مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا۟ مَا عَٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُۥ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا۟ تَبْدِيلًا

Maksudnya: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur (syahid). Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu giliran (mati syahid). Dan mereka sedikit pun tidak mengubah apa yang mereka janjikan” (al-Ahzab: 23) 

Almarhum telah menunjukkan contoh dan tauladan yang baik, menjadi pembakar semangat agar kita terus berbakti kepada masyarakat, tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran melainkan daripada Allah SWT semata-mata. Tugasannya telah selesai, maka tinggallah kita yang masih hidup ini untuk meneruskan kehidupan kita, samada masih ingin terus selesa dengan kehidupan masing-masing, atau menjadi rijal yang dimaksudkan oleh Baginda SAW:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain” (HR Ahmad)

Justeru, ingin dimaklumkan di sini bahawa portfolio Ketua Biro Akademik yang dipegang oleh arwah akan diambil alih hingga ke akhir sesi 2018/2019 oleh:

Abdel Haqqul Mateen bin Abdul Rani,

Naib Pengerusi I

+201100382077 (TEL/WA)

Semoga segala urusan berkaitan akademik pada sesi kali ini berjalan dengan lancar.
Siiru a’la barakatillah.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“Satu Hati, Satu PCT”

Anas bin Azmi,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *