[ KENYATAAN RASMI : PENGURANGAN KADAR BAYARAN YURAN BAGI PELAJAR MENGULANG FAKULTI PERUBATAN ]

 

 

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam dan syukur ke hadratNya kerana kita masih lagi diberi peluang untuk hidup pada hari ini untuk merasai nikmat iman dan Islam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Sesi kuliah baru sahaja bermula, maka belum terlambat lagi sekiranya Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Tanta ingin mengucapkan tahniah untuk yang berjaya melepasi peperiksaan dan untuk yang belum berjaya, teruskan usaha, jangan putus asa, Insya-Allah kejayaan menanti anda di hadapan.
Untuk pengetahuan semua, Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Tanta telah menerima banyak aduan serta keluhan daripada ahli berkenaan yuran pengajian bagi pelajar perubatan yang mengulang. Sememangnya 5000 USD bukanlah sejumlah wang yang sedikit dan amat membebankan.

Oleh yang demikian, pihak PERUBATAN Cawangan Tanta telah mencadangkan kepada pihak Fakulti Perubatan, Universiti Tanta untuk mengurangkan jumlah tersebut. Syukur kepada Allah, baru baru ini, kami telah mendapat makluman bahawa cadangan tersebut telah diterima.

Berikut merupakan kadar yuran terbaru bagi pelajar mengulang untuk Fakulti Perubatan, Universiti Tanta:
Satu Subjek: 2000 USD
Dua subjek: 3000 USD
Tiga atau lebih subjek: 5000 USD

Diharapkan makluman ini dapat memberi semangat baru untuk pelajar-pelajar mengulang dan Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Tanta mengucapkan selamat maju jaya.

Siiru ‘Ala Barakatillah. Sekian, terima kasih.

 

Muhammad Syahrul Anwar bin Fadzil

Ketua Jabatan Bendahari

PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019.

 

Anis Afifa binti Mirhan

Timb. Ketua Jabatan Bendahari

PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019.

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *