[ KENYATAAN RASMI: PELANTIKAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) 2018/2019 ]

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW. Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah An-Nisa’ :Ayat 58)

Sabda Rasulullah S.A.W.,

“Jika kamu keluar tiga orang ke suatu tempat maka lantiklah salah seorang daripada kamu menjadi ketua.” (Riwayat Muslim)

Jika dilihat peristiwa kewafatan baginda Nabi Muhammad S.A.W., para sahabat terlebih dahulu berbincang untuk memilih pemimpin dalam kalangan mereka untuk menggantikan Nabi Muhammad S.A.W. untuk mengelakkan berlakunya fitnah perpecahan umat islam . Peristiwa ini menunjukkan bahawa urusan memilih pimpinan itu adalah satu tanggungjawab yang sangat penting.

Kaedah Pemilihan AJKT 2018/2019

Perlembagaan PERUBATAN pada Fasal 20 Ceraian (d),

“Antara tugas-tugas ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN adalah menentukan kaedah pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan”

Selari dengan perlembagaan di atas, Lembaga Penasihat PERUBATAN telah memutuskan untuk Perubatan Cawangan Tanta (PCT) menubuhkan Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) bagi menggantikan sistem pilihanraya sedia ada. Ahli MMPC akan bermesyuarat bagi mencalonkan AJKT untuk sesi akan datang.

Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) 2018/2019 sebagai wakil Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) 2018/2019.

Sebagaimana yang diketahui umum, sebelum ini Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan akan bertindak sebagai jawatankuasa khas bagi memastikan proses pemilihan dalam keadaan bebas dan bersih serta berjalan lancar. Namun begitu, sejajar dengan penubuhan MMPC maka Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) bagi sesi 2018/2019 akan bertindak sebagai wakil kepada Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) 2018/2019.

Sehubungan dengan itu, hasil perbincangan daripada peringkat Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dan dipersetujui oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN, dengan ini melantik ;

Jawatankuasa Pilhanraya Cawangan (JPC)
Pengarah : Nurul Nadia Binti Mohamed Zain

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC)
Pengarah : Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli
Timbalan Pengarah : Nor Insyirah binti Nor Asri

Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) serta Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) akan bergerak mengikut jalur masa yang telah disusun dan akan diseelaraskan dengan pilihanraya PERUBATAN di cawangan lain.

Akhir kata,semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

“Satu Hati, Satu PCT”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Muhammad Shahrin Aminudin bin Mahayuddin,
Ketua Lembaga Penasihat,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *