[ KENYATAAN RASMI: MMPC MEMPERGIAT USAHA ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah dan kurnia-Nya kepada kita semua. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua tergolong sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat baginda di hari akhirat kelak.

Baru-baru ini, kita mendapat perkhabaran sedih mengenai salah seorang daripada AJKT PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019 yang telah dijemput Ilahi. Allahyarham Sayuti bin Ishak merupakan seorang AJKT yang komited, berbakti dan menabur jasa tanpa mengharapkan sebarang ganjaran mahupun pujian. Pemergian beliau ditangisi ramai orang terutamanya warga Tanta yang begitu dekat dengannya. Benarlah firman Allah SWT di dalam al-Quran:

مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا۟ مَا عَٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُۥ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا۟ تَبْدِيلًا
Maksudnya: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur (syahid). Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu giliran (mati syahid). Dan mereka sedikit pun tidak mengubah apa yang mereka janjikan” (al-Ahzab: 23)

Almarhum telah menunjukkan contoh dan tauladan yang baik, menjadi pembakar semangat agar kita terus berbakti kepada masyarakat, tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran melainkan daripada Allah SWT semata-mata. Tugasannya telah selesai, maka tinggallah kita yang masih hidup ini untuk meneruskan kehidupan kita, samada masih ingin terus selesa dengan kehidupan masing-masing, atau menjadi rijal yang dimaksudkan oleh Baginda SAW:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain” (HR Ahmad)

Justeru, ingin dimaklumkan disini bahawa Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) adalah sebuah badan yang bertindak untuk mencari calon AJKT sesi hadapan. MMPC akan melipatgandakan usaha untuk mencari calon, lebih-lebih lagi setelah pemergian seorang AJKT berwibawa yang dijemput Ilahi baru-baru ini. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit perubahan pada jalur masa MMPC atas sebab yang telah disebutkan di atas. Berikut merupakan jalur masa MMPC yang terbaru:

Tarikh Pencarian Calon: hujung Oktober  –  27 November 2018

Tarikh Pengumuman Calon AJKT: 28 November 2018

Tempoh Bantahan: 28 November – 1 Disember 2018

Keputusan Calon AJKT: 2 Disember 2018

Semoga pemergian almarhum menjadi pembangkit semangat buat kita semua dan melahirkan lebih ramai rijal yang sudi menginfaqkan kudratnya untuk agama dan masyarakat.

Siiru a’la barakatillah.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“Satu Hati, Satu PCT”

Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli,
Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),
PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *