[ KENYATAAN RASMI: AJKT KEKAL ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam serta selawat dan salam atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kerana dengan berkat kasih sayang dan mujahadah baginda, kita semua masih lagi diberi peluang menikmati nikmat iman dan islam.

Bermula sesi kuliah yang baru, maka dengan ini telah masuk fasa kedua tampuk pimpinan 2018/2019 mengemudi bahtera PCT. Sedar tidak sedar, fasa pemilihan pimpinan baru telah tiba, bahang pemilihan calon AJKT kian terasa.

Merujuk perlembagaan PERUBATAN pada Fasal 28 Perkara 1 (d) yang mengatakan,

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Sehubungan dengan itu, perbincangan telah dibuat dan barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018 telah memutuskan untuk mengekalkan 4 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) sesi ini ke sesi seterusnya (2019/2020).

Berikut merupakan AJKT yang telah dipilih untuk dikekalkan ke sesi pimpinan 2019/2020.

AJKT KEKAL IKHWAH

1) Muhammed Arif bin Hamri

2) Sayuti bin Ishak

AJKT KEKAL AKHAWAT

1) Anis Afifa binti Mirhan

2) Nuril Izzati binti Tun Roslan

 

Semoga AJKT yang dikekalkan ini diberi kekuatan dan pertolongan oleh-Nya untuk meneruskan perjuangan dan amanah yang diberikan bersama-sama pimpinan pada sesi akan datang seterusnya membawa PERUBATAN Cawangan Tanta ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk orang lain”
(HR Ahmad, ath-Thabrani dan ad-Daruquthni)

Siiru a’la barakatillah.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“Satu Hati, Satu PCT”

Anas bin Azmi,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *