[ KENYATAAN RASMI: PENGUMUMAN CALON AJKT FASA I ]


Firman Allah SWT:

يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

Maksudnya: Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (Surah As-Sad: 26)

 

فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maksudnya: Dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. (Surah Ali Imran: 159)

Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Tanta telah pun bermesyuarat dan memutuskan
beberapa nama untuk dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bagi sesi
2019/2020.

Berikut adalah senarai nama calon AJKT Fasa I :
AJKT IKHWAH:

Abdel Haqqul Mateen bin Abd Rani Tahun 3 Pergigian
Anas bin Azmi Tahun 5 Perubatan
Azwan bin Omar Tahun 6 Perubatan

AJKT AKHAWAT:

 

Afifah Farhana binti Aripin Tahun 3 Pergigian
Sofwatul Iman binti Mahadhir Level 2 Pergigian
Nur Farrah Aqeelah binti Jamaluddin Level 2 Pergigian
Jahratul Nurain binti Ahmad Jafry Level 2 Pergigian
Nur Khairani binti Khairulmuzammil Tahun 4 Perubatan

Sejajar pengumuman ini, maka tempoh bantahan akan bermula pada hari ini, 28/11/2018
sehingga 1/12/2018. Sebarang bantahan boleh dikemukakan kepada kepada Pengerusi MMPC,
Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli dan Timbalan Pengerusi MMPC, Nor Insyirah binti Nor Asri. Pengumuman nama-nama AJKT Fasa II akan dihebahkan sehari selepas tempoh bantahan ditutup.

Berikut turut disertakan nama AJKT kekal untuk sesi hadapan:

Muhammad Arif bin Hamri Tahun 3 Perubatan
Anis Afifa binti Mirhan Tahun 4 Perubatan
Nuril Izzati binti Tun Roslan Tahun 5 Perubatan

Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komentar daripada semua ahli
agar proses MMPC ini berjalan dengan lebih lancar. Wa Allahu ta’ala a’lam.

Siiru a’la barakatillah.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“Satu Hati, Satu PCT”

Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli,
Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),
PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *