[ MUHASABAH SEPARUH PENGGAL ]

 

 

 

ياأيها الذين آمنوا اتقوا الله ولتنظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعلمون

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang akan dilakukan untuk hari esok (akhirat)

(Surah al-Hasyr : 18)

بسم الله الرحمن الرحيم

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang juga merupakan Kekasih Allah Azza Wa Jala. Atas perjuangan dan usaha keras Baginda jugalah, satu-satunya agama di sisi Allah iaitu Islam masih mekar dan berkembang sehingga ke hari ini.

Bermuhasabah atau dengan erti kata lain bermaksud menilai sesuatu. Firman Allah di atas menjelaskan bahawa seseorang itu hendaklah sentiasa memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan berdasarkan apa yang telah dilaksanakan sebelumnya kerana perancangan yang teliti hasil dari muhasabah akan membuahkan hasil yang lebih baik. Ayat ini juga membuktikan bahawa amalan bermuhasabah ini termasuk dalam tuntutan agama yang tidak mengecualikan mana- mana individu sekalipun terutamanya mereka yang bergelar pemimpin.

Muhasabah Separuh Penggal  merupakan satu inisiatif PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) sebagai medium untuk mengenalpasti segala kekurangan selama separuh penggal kami berkhidmat dan secara tidak langsung bagi menambahbaik kualiti gerak kerja kami untuk tempoh yang berbaki.

Selain itu, muhasabah diri selaku individu muslim dalam melaksanakan kewajipan sebagai hamba Allah juga turut disertakan bersama dalam MSP ini, kerana sebagai manusia kita perlu sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dalam hidup agar amalan kita memenangkan kita sewaktu hari perhitungan di mahsyar kelak.

Aspek penilaian bagi MSP kali ini difokuskan kepada muhasabah umum, pimpinan, pembawaan biro dan jabatan. Sehubungan itu, seluruh ahli PCT merupakan komponen penting bagi membantu kelancaran MSP kali ini.

Bagi ahli yang ingin menyalurkan muhasabah ataupun cadangan kepada mana-mana biro mahupun Majlis Tertinggi (MT) PCT, kalian boleh salurkan melalui:

  • Pengisianborang di google form
  • Menyerahkan borang muhasabah secara bertulis kepada Majlis Ketua Batch ataupun mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi PCT yang terdekat
  • Pengisian borang muhasabah yang bakal diedarkan di program-program atau aktiviti PCT

 

In shaa Allah , pautan google form akan dikeluarkan di laman rasmi PERUBATAN Cawangan Tanta pada 27 Julai sehingga 2 Ogos 2018 .

Saidina Umar al-Khattab melalui kata-katanya yang masyhur;

“Hisablah dirimu sebelum engkau dihisab oleh Allah di hari akhirat kelak”.

 

Akhir kata, kami mewakili seluruh pimpinan PCT mengharapkan kerjasama yang baik serta doa daripada semua agar segala yang dirancang untuk MSP ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dari Ilahi.

 

Sekian, terima kasih.

 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

“Satu Hati Satu PCT”

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *