[ KENYATAAN RASMI : PEMANGKUAN AJKT SESI 2018/2019 ]

 

 

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah dan kurnia-Nya kepada kita semua. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua tergolong sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat baginda di hari akhirat kelak.
Berikutan cuti musim panas kali ini, beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta akan pulang ke Malaysia. Sehubungan dengan itu, portfolio AJKT tersebut akan dipangku oleh AJKT yang masih berada di Mesir.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa kekosongan jawatan bagi AJKT yang pulang ke Malaysia dan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

1) Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
2) Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
3) Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut atau biro yang berkenaan, ahli boleh berhubung terus dengan pemangku yang telah dilantik.
Berikut merupakan Jadual Pemangkuan AJKT PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) sepanjang cuti musim panas:

AJKT sepanjang masa di Mesir:
1. Anas Bin Azmi
2. Sayuti Bin Ishak
3. Mohammad Syahrul Anwar Bin Fadzil Hajazi
4. Azwan Bin Omar
Jadual Pemangkuan AJKT:

(rujuk jadual)

 

 

Selamat bercuti kepada seluruh warga PCT. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan yang lepas diterima Allah. Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Sekian, terima kasih.

Siiru a’la barakatillah,
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“Satu Hati, Satu PCT”

Anas bin Azmi,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta.

‘Atirah binti Umar,
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *