[ KENYATAAN RASMI: PEMANSUHAN PEJABAT PERUBATAN CAWANGAN TANTA ]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah SWT, Tuhan Semesta Alam yang telah menganugerahkan kepada kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat yang telah memberikan keteladanan yang baik kepada umat manusia, menunjukkan jalan dakwah yang panjang buat para pendakwah. Tidak lupa juga nikmat kesihatan yang kita kecapi saban hari yang membolehkan kita meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu Allah SWT di muka bumi ini.

Dimaklumkan bahawa bermula pada bulan Mei 2018, Pejabat PERUBATAN Cawangan Tanta telah dimansuhkan dari tempat yang sedia ada. Sebarang aktiviti, program dan mesyuarat hanya dibenarkan menggunakan Dewan Pelajar Tanta (DPT) dan  rumah mutazawwijin (pasangan berkahwin) dengan keizinan tuan rumah. Pemansuhan pejabat ini dilaksanakan berikutan dengan usul pengecilan cawangan yang telah dibawa oleh Saudara Muhammad Shahrin Aminuddin bin Mahayuddin dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan yang lepas. Selain itu,  dengan pemansuhan pejabat ini juga kita dapat mengoptimumkan lagi penggunaan markas Dewan Pelajar Tanta yang sedia ada.

Pemansuhan ini dilaksanakan berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat oleh ahli panel usul yang diketuai oleh saudara pengusul sendiri antaranya, ujikaji pemansuhan pengunaan pejabat sepanjang bulan Februari yang lepas. Melalui hasil ujikaji tersebut dilihat keperluan pejabat untuk sebarang aktiviti adalah sangat minima dan timbang tara telah dilakukan sama ada pejabat masih menjadi satu keperluan atau tidak. Oleh itu, satu kata putus telah dibuat supaya Pejabat PCT dimansuhkan.

Namun, untuk sebarang perkhidmatan pejabat seperti khidmat cetak masih dikekalkan. Semua aset pejabat akan diletakkan di rumah Ketua dan Timbalan Jabatan Setiausaha PCT sesi 2018/2019. Oleh itu, untuk semua perkhidmatan Pejabat boleh merujuk terus kepada Ketua dan Timbalan Jabatan Setiausaha PCT.

Segala kesulitan daripada tindakan pemansuhan ini amat dikesali dan sebarang soalan atau pertanyaan dapat dilakukan dengan menghubungi:

Azwan bin Omar
+2011159555297
Ketua Jabatan Setiausaha PCT 2018/2019

Farah Najihah binti Mohamad
+201151631500
Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha PCT 2018/2019

Sekian, terima kasih.

#PERUBATANKelasPertama
#MemimpinGelombangISLAH

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“Profesional, Berintegriti, Bersistematik”

Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *