[ KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN AJKT PCT ]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpelihara dalam nikmat Islam dan iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiq-Nya. Semoga kita juga tergolong sebagai ummat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya kelak.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan:

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, terdapat pemangkuan portfolio akan berlaku disebabkan perletakan jawatan seorang AJKT PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) atas sebab tertentu.

Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:
• Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
• Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
• Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

Berikut merupakan butiran pemangkuan AJKT berserta nombor telefon masing-masing sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PERUBATAN Cawangan Tanta:

Muhammad Nazrin bin Hamzah

Meletakkan jawatan sebagai:
Ketua Biro Penerbitan & Penerangan dan Biro Sukan & Aktiviti Luar

Dipangku oleh:

Anas bin Azmi : +20111-7781982 (tel/WA)

Pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh kenyataan rasmi ini dikeluarkan. Oleh itu, pihak kami berharap agar semua ahli PCT dapat menghubungi pemangku di atas sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PERUBATAN Cawangan Tanta selepas ini.

Sekian, terima kasih.

Siiru ala barakatillah.

“Satu Hati, Satu PCT”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Anas bin Azmi
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2018/2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *