[ Kenyataan Rasmi : Tempoh Ujikaji Pemansuhan Pejabat PERUBATAN Cawangan Tanta ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah SWT, Tuhan Semesta Alam yang telah menganugerahkan kepada kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat yang telah memberikan keteladanan yang baik kepada umat manusia, menunjukkan jalan dakwah yang panjang buat para pendakwah. Tidak lupa juga nikmat kesihatan yang kita kecapi saban hari yang membolehkan kita meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu Allah SWT di muka bumi ini.

Dimaklumkan bahawa sepanjang bulan Februari 2018 akan dilaksanakan pemansuhan sementara penggunaan pejabat PCT dan akan tamat pada awal bulan Mac 2018. Sebarang aktiviti, program dan mesyuarat hanya dibenarkan menggunakan Dewan Pelajar Tanta (DPT) dan rumah mutazawwijin (pasangan berkahwin) dengan keizinan tuan rumah. Tempoh uji kaji memansuhkan pejabat adalah bertujuan untuk memerhati dan mengkaji kesan daripada pemansuhan pejabat PCT secara realistik. Sesuai dengan usul pengecilan cawangan, tempoh uji kaji ini merupakan usaha untuk mengoptimumkan penggunaan markas Dewan Pelajar Tanta. Beberapa kajian dan perbincangan telah dilakukan maka kajian ini telah masuk ke peringkat yang terakhir iaitu memansuhkan penggunaan pejabat PCT selama sebulan agar timbang tara dapat dilakukan sama ada pejabat masih menjadi satu keperluan atau sekadar kehendak.

Segala kesulitan daripada tindakan pemansuhan ini amat dikesali dan sebarang soalan atau pertanyaan dapat dilakukan dengan menghubungi:

  • Anas bin Azmi : +201117781982
  • Farah Najihah binti Mohamad: +201151631500

Sekian, terima kasih.

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

Naib Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *