[NOTIS 1: PANGGILAN MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) KALI KE 11]

Notis Panggilan MTC 11

Alhamdulillah dan bersyukur pada Allah, kita masih diberi peluang untuk menghela nafas di atas muka bumi-Nya dan masih dikurniakan nikmat yang terbesar buat seorang manusia yakni nikmat Islam dan nikmat iman.

Tidak dilupakan juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat.
“.. bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal”. (surah al-Imran : 159)

Kenyataan rasmi kali ini menyentuh ayat yang menjadi salah satu asas pergerakan sebuah organisasi malahan surah al-Imran ayat 159 meletakkan keperluan kepada kita untuk melaksanakan musyawarah atau mesyuarat dalam menghasilkan satu keputusan.
MTC kali ini akan memberi ruang dan peluang kepada kepada ahli dan pimpinan untuk bertukar pandangan, bermuhasabah serta mengeratkan ukhuwwah dan kesatuan bersama-sama sambil membentuk dan memacu PCT kearah yang lebih baik.
Butiran Mesyuarat Tahunan Cawangan Tanta ke-11 adalah seperti berikut :
Tarikh : 9 Februari 2018
Masa : 7.00 pagi
Tema : Kita Keluarga PERUBATAN

Dengan itu, Jabatan Setiausaha (JSU) PCT Sesi 2017/2018, dengan ini menjemput seluruh ahli PCT untuk menjadi perwakilan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-11 bagi membawa suara-suara ahli, mahupun menjadi pemerhati untuk kebaikan akan datang.
Wallahua’lam.
Berikut adalah lampiran surat jemputan ke MTC kali ke-11

surat jemputan MTC 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *