[ BERITA: TEMUDUGA UNTUK PENGAMBILAN AHLI BARU TMT ]

TANTA, 30 Nov – Telah berlangsungnya satu sesi temuduga untuk kemasukan ahli baru Tanta Medical Team atau lebih dikenali sebagai TMT yang bertempat di Dewan Pelajar Tanta. TMT ialah sebuah unit dibawah kelolaan Health Academic yang bernaung di bawah Biro Akademik. Antara matlamat penubuhan TMT adalah untuk melahirkan mahasiswa yang bersikap proaktif dan kompeten serta berkeupayaan menguasai bukan sahaja ilmu teori malahan kemahiran klinikal. Selain berkebolehan juga dalam kemahiran komunikasi. Sesi temu duga tersebut telah berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

IMG_8324

Gambar 1: suasana ketika temuduga dijalankan

Seramai 17 orang calon telah di temu duga oleh 6 orang panel terpilih yang terdiri daripada pelajar perubatan Tahun 5 dan 6. Sesi temuduga telah dibahagikan kepada 2 sesi dan setiap sesi terdapat 2 kumpulan yang akan ditemu duga. Setiap kumpulan akan ditemu duga selama sejam. Calon yang ditemu duga pada sesi 1 yang berjalan dari jam 8.15 hingga 9.15 pagi telah datang seawal jam 8 pagi lagi. Selepas itu, calon perlu mendaftar di kaunter pendaftaran terlebih dahulu sebelum bergerak ke kawasan perbincangan untuk menerima topik forum yang akan dibincangkan sewaktu sesi temu duga nanti. Topik forum telah diberikan secara cabut undi dimana wakil dari setiap kumpulan akan membuat cabutan tersebut. Sebanyak 4 topik yang menarik telah disediakan oleh AJK pengisian. Semua topik yang diberikan berkait rapat mengenai isu semasa perubatan baik di Malaysia atau seluruh dunia. Topik-topik forum tersebut adalah:
– Dr Google, does it help us to inform the patient or makes it harder for us to treat them?
– Universal healthcare, is it a good idea?
– OnG specialist should be all female, agree?
– Marijuana legalization, it is a good thing or a bad thing?

WhatsApp Image 2017-12-06 at 8.42.09 PM

Gambar 2 : Tajuk  dipaparkan pada papan tulis untuk memudahkan calon

Tepat jam 9.00 pagi, calon-calon untuk sesi 2 pula telah hadir ke DPT kerana sesi temu duga seterusnya akan berlangsung pada pukul 9.20 hingga 10.20 pagi. Suasana pada ketika itu meriah dengan perbincangan-perbincangan daripada calon. Semua peserta telah menunjukkan kebolehan masing-masing dengan melontarkan idea serta hujah yang sangat bernas di hadapan para panel. Perkara sebegini sangat bagus dalam melatih mahasiswa dengan kemahiran temuduga dan komunikasi untuk berhadapan dengan orang ramai, selain kemahiran pengucapan awam bagi mempersiapkan diri sebelum melangkah ke tahap yang lebih mencabar suatu masa kelak. Kemahiran tersebut sangat penting untuk kita yang bakal bergelar doktor perubatan kerana menjadi salah satu tugas kita untuk berkomunikasi dengan ramai orang awam terutamanya dengan pesakit kita sendiri bagi menerangkan maklumat-maklumat yang bermanfaat untuk pemahaman mereka.

Sesi seterusnya merupakan sesi temuduga untuk `walk in’. Calon yang terdiri daripada 2 orang telah diberikan masa 30 minit setiap seorang untuk menjalani temu duga tersebut. Apa yang menarik ialah, salah seorang calon sesi `walk in’ telah menunjukkan kesungguhan untuk menghadiri sesi temuduga dengan menjalani sesi temu duga melalui aplikasi `FaceTime’ kerana calon tidak berkesempatan untuk hadir sendiri ke DPT memandangkan beliau masih berada di Malaysia. Kesungguhan beliau merupakan satu perkara yang boleh dicontohi oleh mahasiswa lain dalam aspek kesungguhan dan usaha kita untuk mengukuhkan lagi ilmu perubatan walau di mana jua kita berada.

WhatsApp Image 2017-12-06 at 8.31.53 PM (1)

Gambar 3 : Ajk membuat persiapan sebelum temudaga dijalankan

Sesi temu duga akhirnya telah tamat tepat jam 12.00 tengah hari. Setelah selesai sesi temuduga, semua AJK telah bekerjasama mengemas semula DPT kerana program seterusnya juga akan berlangsung di DPT. Semua AJK telah melahirkan rasa gembira kerana program telah berjalan dengan lancar dan mudah. AJK seterusnya bergerak ke Pejabat PCT untuk bermesyuarat bagi sesi pemilihan calon yang layak. Program pada hari itu diakhiri dengan sesi muhasabah berkenaan dengan program untuk mengenal pasti semua kekurangan agar dapat dibaiki untuk sesi akan datang.

Disediakan oleh,
NURIL IZZATI BINTI TUN ROSLAN
Setiausaha Tanta Medical Team
Sesi 2017/2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *