[ KENYATAAN RASMI : TAWAQUF PROGRAM SEMPENA PEPERIKSAAN ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dengan keagungan-Nya dapat kita merasai segala nikmat yang terdapat di atas muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah ﷺ yang dengan pengorbanan baginda serta sahabat dapat kita merasai dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam.

Dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah ﷺbersabda :
‘Menuntut ilmu adalah fardhu yang diwajibkan atas setiap muslim. [ibn Majah]

Dalam perjalanan menuntut ilmu pastinya seorang individu perlu menempuhi pelbagai ujian untuk memastikan ilmu yang dipelajarinya tidak sekadar menadah air hujan, tetapi ia perlu melalui satu proses penilaian bagi memastikan ilmu yang dituntut itu dapat dimanfaatkan dalam kehidupan.

Mahasiswa perubatan pra-klinikal dan pergigian Universiti Tanta bakal menduduki peperiksaan pertengahan tahun atau akhir semester yang bermula 25 Disember 2017.

Oleh yang demikian, PERUBATAN yang komited dalam memastikan akademik ahli diutamakan telah menetapkan penangguhan program bagi ahli yang terlibat dengan peperiksaan. Sebagai satu inisiatif kepada ahli untuk terus fokus dan memberi tumpuan penuh terhadap akademik.

Penangguhan akan bermula pada 19 hb Disember 2017 hingga 24 Januari 2017. Penangguhan selama 36 hari ini akan melibatkan mahasiswa perubatan tahun 1, 2, 3 dan semua mahasiswa pergigian. Walaubagaimanapun program yang melibatkan ahli klinikal akan berjalan seperti biasa.

Sepanjang penangguhan ini, PCT akan terus berjalan tanpa program bersifat mega.

Definisi tawaqquf bagi PERUBATAN Cawangan Tanta adalah seperti berikut: -memberhentikan program bersifat mega yang melibatkan semua ahli – program yang tidak bersifat akademik, hanya akan melibatkan ahli yang tidak ditawaqqufkan – program yang tidak memerlukan organisasi perlaksanaan yang baru (TWEET, dan SC bersifat amali) akan diteruskan – program akademik (mengikut keperluan) dan solat hajat akan diteruskan.

Semoga perancangan tawaqquf pada kali ini akan memberi impak yang baik kepada semua ahli dan seterusnya menaik taraf akademik ahli PERUBATAN Cawangan Tanta pada sesi kali ini.

“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar” (al-Imran:146)

 

Sekian.

Disediakan Oleh,

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

 

Anas bin Azmi

Naib Pengerusi I
PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018

 

Farah Najihah Binti Mohamad

Naib Pengerusi II
PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *