[PENGALAMAN ‘ELECTIVE POSTING’ SIRI 4]

81f08ce42a3f869db96b7da98c653b12--dental-facts-dental-humorNama : Shazleen Samhana

Tahun : 3 Pergigian

Tarikh  : 14/8/2017 – 28/8/2017

Tempat : Selangor

Menjalani latihan elektif di klinik kerajaan atau swasta di Malaysia menjadi rutin bagi pelajar pergigian di luar negara setiap kali pulang ke Malaysia apabila cuti musim panas tiba. Begitu juga dengan saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk menjalani latihan elektif di sebuah klinik swasta. Menjalani latihan elektif selama tiga minggu di klinik ini bagi saya sangat menarik dan mencabar kerana setiap pesakit yang datang mempunyai kes yang berbeza-beza.

before-after

Di zaman moden ini, kita dapat lihat masyarakat semakin cakna tentang penjagaan kebersihan mulut dan kepentingan melakukan pemeriksaan gigi secara berkala. Hal ini penting supaya kita dapat mengetahui lebih awal jika terdapat sebarang kerosakan gigi ataupun penyakit mulut yang memerlukan rawatan susulan.

Sepanjang melakukan latihan elektif ini, antara kes menarik yang dapat saya lihat ialah seorang pesakit yang  merupakan seorang suri rumah tetapi beliau obses untuk mendapatkan rawatan gigi. Bukan beliau sahaja, malah ahli keluarganya juga beliau akan pastikan mereka mendapat pemeriksaan gigi seawal umur 3 tahun. Setiap minggu beliau akan datang ke klinik sekiranya mendapati sebarang kelainan pada giginya. Namun begitu, pemeriksaan gigi berkala yang sewajarnya hanyalah 3-6 bulan sekali mengikut keperluan. Jadi, apa yang perlu ditekankan adalah pemeriksaan gigi secara berkala itu perlu tetapi mestilah mengikut kadar yang sepatutnya.

soda-damage-to-teeth

 

Selain itu, saya juga berpeluang untuk berhadapan dengan pelbagai ragam pesakit antaranya kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di sini. Apa yang dapat saya belajar ialah merawat kanak-kanak sangat berbeza dengan merawat remaja atau orang tua. Bagi seorang doktor, kemahiran komunikasi sangat penting kerana mereka perlu menarik perhatian dan dalam masa yang sama menitikberatkan juga tentang emosi dan pendapat ibu bapa mereka.

Klinik ini juga menawarkan perkhidmatan x-ray berteknologi tinggi. Selain dapat mempelajari cara penggunaannya, saya juga turut bersama doktor untuk membincangkan kes-kes yang terdapat dalam setiap x-ray tersebut. Bagi saya, cara ini sangat efektif kerana membantu saya mendapatkan pendedahan awal tentang kes-kes yang sering berlaku di Malaysia. Selain itu, saya juga diberi peluang untuk melihat secara langsung prosedur membuat rawatan akar (Root Canal Treatment) selain dapat melihat cara-cara pembuangan gigi bongsu melalui Minor Oral Surgery (MOS) dan juga diberi peluang untuk mengambil acuan gigi (impression) pesakit untuk pembuatan gigi palsu (denture).

Selain kemahiran klinikal, saya juga dapat belajar pelbagai soft skill antaranya adalah cara untuk menyambut dan melayan pesakit yang datang ke klinik apabila saya ditugaskan untuk menjaga kaunter semasa sesi pendaftaran pesakit.

download

Akhir kata, saya ingin menggalakkan kepada semua pelajar terutama pelajar yang berada di luar negara supaya mengambil peluang keemasan apabila pulang ke Malaysia untuk melakukan latihan elektif untuk menambahbaik kemahiran klinikal di samping menyumbang tenaga untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *