[ MUHASABAH SEPARUH PENGGAL ]

cropped-Color-NEW.png

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selaut kesyukuran

kita panjatkan kepadaNya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh pejuang dan pendukung agama Islam.

Para sahabat yang dikasihi Allah SWT sekalian, Sedar tak sedar, sudah separuh penggal tampuk pimpinan sesi 2017/2018 berlayar setelah rasminya diumumkan pada Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-10 yang lalu. Sehubungan dengan itu, bagi melicinkan lagi pentadbiran PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) untuk penggal yang akan datang, kami berasa perlunya untuk kami bermuhasabah atas setiap gerak kerja dan aktiviti yang telah kami jalankan dalam tempoh separuh penggal pertama yang lalu.

Khalifah Umar Al-Khattab RA pernah berkata, “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab oleh ALLAH SWT kelak. Bersiaplah menghadapi Hari Perhitungan yang amat dahsyat. Sesungguhnya hisab pada Hari Kiamat akan terasa ringan bagi orang yang selalu menghisab dirinya ketika di dunia.”

Sejajar dengan itu, sesi kepimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018 bakal mengadakan sesi Muhasabah Separuh Penggal (MSP)  yang mana ianya bertujuan untuk memberi ruang seluas-luasnya kepada ahli untuk melontarkan sebarang muhasabah

dan cadangan sepanjang separuh penggal yang telah berlalu sekaligus dapat menambahbaik lagi gerak kerja di peringkat PCT untuk tempoh yang berbaki.

Bagi ahli yang ingin menyalurkan muhasabah ataupun cadangan kepada mana-mana biro mahupun Majlis Tertinggi (MT) PCT, kalian boleh salurkan melalui:

  • Pengisianborang di google form
  • Menyerahkan borang muhasabah secara bertulis kepada Majlis Ketua Batch ataupun mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi PCT yang terdekat
  • Pengisian borang muhasabah yang bakal diedarkan di program-program atau aktiviti PCT

Untuk makluman, pautan google form akan dikeluarkan di laman rasmi PERUBATAN Cawangan Tanta pada 11 Oktober 2017 dan akan ditutup pada 16 Oktober 2017.

Akhir kata, kami meletakkan setinggi-tinggi pengharapan kepada semua ahli PCT untuk sama-sama menjayakan MSP kali ini bagi membantu meningkatkan lagi mutu gerak kerja PCT pada masa akan datang.

Seperti firman Allah SWT dalam surah as-Sof ayat ke-4:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang  untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi(sistematik) seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

“Satu Hati Satu PCT”

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *