[ KENYATAAN RASMI : Kutipan Yuran Tahunan PERUBATAN Cawangan Tanta ]

Color-NEW-600x600

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan kita nikmat Iman dan Islam dalam diri, yang tidak semua merasainya kecuali hamba-hambaNya yang terpilih.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w yang telah banyak melalui onak duri demi memastikan keunggulan Islam tertegak di bumi Allah ini.

‎مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya (2:261)

Sejajar dengan pembukaan sesi pengajian yang baru, PERUBATAN Cawangan Tanta dibawah kelolaan Jabatan Bendahari akan menjalankan kutipan yuran tahunan PERUBATAN.

Untuk makluman semua, PERUBATAN Cawangan Tanta kali ini akan menjalankan sistem kutipan yuran secara kolektif. Kolektif yang dimaksudkan ialah sistem kutipan yuran ahli terdiri daripada dua jenis kutipan iaitu Tabung Kasih Sayang (TKS) dan yuran PERUBATAN. Sistem ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan penindanan kutipan yang pelbagai, seterusnya mengurangkan beban ahli melalui kutipan secara sekaligus.

Justeru, kutipan Tabung Kasih Sayang (TKS) adalah sebanyak;

• 40 LE (Egyptian Pound) bagi ahli yang mempunyai tajaan.
• 20 LE (Egyptian Pound) bagi ahli yang tidak mempunyai tajaan.

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut:

Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.

Jadi, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah sebanyak;

  • 65LE (Egyptian Pound) bagi ahli yang mempunyai tajaan.
  • 45LE (Egyptian Pound) bagi yang tidak mempunyai tajaan.

Hasil kutipan yuran ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan tahunan PERUBATAN dan disalurkan ke program-program berbentuk kebajikan yang memberi manfaat kepada seluruh ahli. Di sini juga ingin diingatkan bahawa ahli yang telah membayar yuran sahaja yang layak untuk mengundi dan menghadiri Mesyuarat Tahunan PERUBATAN Cawangan (MTC) dan Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN (MAT).

Dengan ini diumumkan bahawa fasa kutipan yuran bagi PERUBATAN Cawangan Tanta akan bermula pada 1/10/2017 dan berakhir pada hari pengundian Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Bayaran boleh dijelaskan kepada Bendahari Organisasi Batch masing-masing. Setiap bayaran yang dilakukan akan disertakan resit sebagai bukti.

Kerjasama daripada pihak anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga keterlibatan semua ahli dapat memberi manfaat yang besar dalam menggerakkan PERUBATAN Cawangan Tanta yang tercinta, di samping dapat menjadi saham amalan kebaikan kita di akhirat kelak.

Siiru ‘Ala Barakatillah. Sekian, terima kasih.

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”
“Satu Hati, Satu PCT”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

JB HAIYIN

Muhammad Fakhrul Haiyin bin Matussin,
Ketua Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018.

Wan Nurbasyirah binti Wan Roslan,
Timbalan Ketua Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *