[ KENYATAAN RASMI : AHLAN Assiut ]

cropped-Color-NEW.png

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam yang banyak membuat pengorbanan, demi Islam yang kita junjungi sekarang.

اِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat” (QS. Al-Hujurat: 10)

Bertepatan dengan firman Allah di atas, pihak PERUBATAN Cawangan Tanta serta seluruh ahlinya dengan sukacitanya bakal menerima perpindahan pelajar-pelajar dari Assiut ke Tanta.

Untuk makluman semua ahli, perpindahan pelajar-pelajar ini akan berlangsung selama 3 fasa yang bakal bermula pada hari ini. Berikut adalah tarikh-tarikh bagi setiap fasa perpindahan:

Fasa 1 – 7hb Oktober (Sabtu)
Fasa 2 – 12hb Oktober (Khamis)
Fasa 3 – 18hb Oktober (Rabu)

Justeru, dengan rendah hatinya kami menyeru semua ahli untuk sama-sama kita berganding bahu dalam urusan perpindahan yang bakal berlangsung. Semoga kita dapat menjayakan agenda kesatuan ini seterusnya menjalin ukhuwah sesama ahli PERUBATAN.

Buat semua pelajar dari Assiut yang bakal tiba, selamat datang kami ucapkan. Kami amat berbesar hati menerima kedatangan kalian ke bumi Tanta. Semoga dengan kehadiran kalian, kesatuan di antara kita semakin erat dan bertambah kukuh insya-Allah.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:
http://tinyurl.com/aduanPCT

“Together We Unite to Serve Our Community”

Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *