MUSYRIF, PERLU KE?

Berhubung isu musyrif yang kembali hangat diperkatakan pada bulan yang mulia ini, suka JAKSI untuk tampil memberikan pencerahan yang sewajarnya mengenai isu ini walaupun sudah berulang kali menyebut perkara ini, kerana jika diperhatiakn bagaimana Allah swt mengajar kita tentang perkara-perkara yang penting dalam al-Quran adalah dengan cara mengulang-ulang berkenaan perkara tersebut dalam al-Quran.
JAKSI: mengapa perlu musyrif?

Ketahuilah olehmu, Islam merupakan agama yang syumul, agama yang hadir dengan menawarkan panduan untuk keseluruhan aspek kehidupan manusia dalam usaha menjaga agama, nyawa, keturunan, maruah dan harta manusia. Antara aspek yang amat ditekankan oleh Islam ialah aspek keselamatan.

Antara inisiatif peringkat persatuan untuk meningkatkan tahap keselamatan ahli adalah dengan menubuhkan JAKSI dan khusus bagi akhawat dengan menubuhkan unit muysrif.

 

BOLEHKAH WANITA BERMUSAFIR TANPA MAHRAM UNTUK MENUNTUT ILMU ATAU SEUMPAMANYA?

Ketahuilah olehmu, pada asalnya, (diarahkan) menetapnya seorang wanita itu dirumahnya.

Firman Allah SWT:

“Dan hendaklah wanita-wanita itu menetap di rumah-rumah mereka.”(Surah al-Ahzab: 33)

Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya, makna ayat di atas ialah tetaplah di rumah masing-masing dan janganlah keluar melainkan tanpa ada keperluan. Termasuk keperluan yang syarie ialah untuk solat di masjid dengan syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini boleh dirujuk pada artikel JAKSI yang terdahulu bertajuk “Wanita, Tarawihnya di Rumah atau di Masjid?”

Sabda Nabi SAW pula: “Perempuan itu adalah aurat, maka sekiranya telah keluar seorang wanita, maka bersoraklah syaitan kepadanya dan sedekat-dekatnya seorang wanita itu kepada Tuhannya, ketika mana dia berada di dalam rumahnya”. (Riwayat Tirmizi)

Oleh kerana itu, sesungguhnya kewajipan-kewajipan seorang wanita itu adalah di rumahnya, tidaklah dipertanggungjawabkan seorang wanita itu untuk menghadiri solat Jumaat dan berjemaah di masjid dan sekiranya seseorang wanita itu berhajat untuk bermusafir maka janganlah dia bermusafir melainkan bersama dengannya mahram ataupun suaminya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Janganlah seorang wanita itu bermusafir melainkan bersama dengan mahramnya dan janganlah masuknya (datangnya) seorang lelaki terhadap seorang wanita melainkan bersama dengan mahram”. Telah berkata seorang lelaki: “Wahai Rasulullah! Sesungguh aku ingin keluar menyertai tentera, sekian, sekian, dan isteriku ingin menunaikan haji”. Maka sabda Rasulullah SAW: “Keluarlah kamu bersama dengannya (isteri).”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan telah menyebut Al-Hafidz Ibn Hajar di dalam kitab Al-Fath, tentang sebuah hadis telah diriwayatkannya oleh Ad-Daroqutni dan telah dinilainya sebagai sahih oleh Abu ‘Awanah daripada jalan Ibn Juraih daripada Amri Ibn Dinar dengan lafaz:

“Jangan sesekali seorang wanita itu menunaikan haji melainkan bersama dengannya mahram.”

Maka sekiranya seseorang wanita itu dilarang daripada bermusafir untuk menunaikan haji melainkan dengan mahram, bagaimana dengan musafir-musafir yang lain?

Dan adapun ijtihad sebahagian ulama’ (yang membolehkan) seseorang wanita bermusafir bersama wanita-wanita yang dipercayai untuk musafir haji yang diwajibkan, walaubagaimanapun, hujah mereka adalah lemah dalam perkara itu berana hadis nabawi yang telah disebut tadi, maka sesungguhnya mereka para ulama’ (yang berijtihad) telah bersepakat dengan ulama’ yang lain (yang tidak bersetuju dengan ulama’ yang berijtihad), sesungguhnya, mesti adanya mahram ataupun suami dalam mana-mana musafir bagi seorang wanita selain daripada musafir untuk menunaikan haji.

Bahkan telah disebut oleh Al-Imam Al-Baghawi dan Al-Qadhi ‘Iyadh sebagai Ijmak (kesepakatan kesemua para ulama’) ke atas perkara itu.

 

WANITA BERMUSAFIR BERSAMA MAHRAMNYA KEMUDIAN MAHRAM PULANG MENINGGALKAN WANITA ITU BERMUKIM DI NEGERI PERMUSAFIRANNYA SEORANG DIRI

Ketahuilah olehmu,

Adapun kekalnya seorang wanita di negara permusafirannya, dan bermukimnya di negara itu berseorangan, dan kembalinya mahram wanita itu ke negaranya, maka sesungguhnya sekiranya bermukimnya wanita itu kerana berhajatkan sesuatu di:

  1. Sebuah negara Islam
  2. Di dalam masyarakat dan tempat yang aman
  3. Wanita itu merasa aman ke atas dirinya

Maka tidak ada halangan dalam perkara itu, terutamanya sekiranya dia bersama dengan teman-teman yang dipercayai dari kalangan wanita, kerana itu adalah bermukim, bukannya bermusafir.

Dan adapun sekiranya bermukimnya wanita itu:

  1. Di negara orang kafir ataupun
  2. Di tempat yang tidak aman ke atas dirinya
  3. Bahkan dia merasa bimbang akan ancaman
  4. Bahkan dia merasa takut ke atas dirinya ditimpa fitnah

Maka ianya tidak boleh baginya perkara itu (bermukim).

Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Nik Abdul Qadir bin Haji Nik Muhammad, menegaskan bahawa pemukiman wanita di tempat yang jauh tanpa pengawasan daripada wali adalah tidak diharuskan syarak sekiranya pihak wali tidak dapat memastikan kedudukan wanita dibawah tanggungjawab mereka dalam keadaan selamat dari sudut tempat tinggal dan pengawasan yang perlu, setidak-tidaknya ada yang dipercayai oleh wali dan menepati kehendak syarak bagi memerhatikan pergerakan dan keselamatan wanita-wanita yang berada dibawah tanggungjawab mereka.

 

MEMBANTU WANITA YANG BERMUKIM DI NEGERI TEMPAT MENUNTUT ILMU TANPA MAHRAM

Ketahuilah olehmu,

Berdasarkan kepada hujah di atas, Islam menetapkan bahawa dibolehkan wanita bermukim di negeri permusafirannya jika bermukimnya itu AMAN DARI BAHAYA, maka khidmat musyrif diwujudkan atas dasar kebajikan dan atas dasar bantu-membantu dalam perkara kebaikan untuk mewujudkan permukiman yang aman dari bahaya, dan tiada halangan dalam perkara ini, walaupun pada awalnya wanita telah bermusafir tanpa mahram kerana bermukim dengan aman dan bermusafir tanpa mahram adalah dua perkara yang berbeza. Bahkan tolong menolong dalam perkara yang baik adalah dituntut. Dengan syarat sentiasa beriltizam dengan piawaian syariat ketika memberikan pertolongan sebagai contoh:

  1. Berhijab dan
  2. Tidak berkhalwat dan
  3. Tidak melunakkan percakapan dan seumpamanya.
  4. Dan wajib berjaga-jaga daripada terjadinya dengan pertolongan ini sebab kepada terjalinnya hubungan yang tidak disyariatkan diantara orang yang menolong dan pelajar-pelajar wanita itu.

 

Sumber:

Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 6.

Fatwa Musafir & Bermukimnya Wanita Tanpa Mahram, Lajnah Fatwa dari Muntada Fiqhi (Forum Fiqh) di Universiti Al-Iman, Yaman, 2014.

 

Disediakan oleh,

Unit Penerangan dan Musyrif,

Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI),

PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018.

 

logo_jaksi_light