unspecified

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Ramadan.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan kita dengan nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan jerih perih baginda memperjuangkan Islam demi memastikan keunggulan Islam tertegak di bumi Allah ini sehingga ke hari ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang turut memperjuangkan agamaNya sehingga ke akhir zaman.

Firman Allah SWT,
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”
(al-Baqarah: 2-3)

Ramadan 1438H kali ini, warga Tanta dikejutkan lagi dengan insiden yang tidak disangka-sangka akan terjadi. Pada hari Sabtu, 3 Jun 2017, markaz Dewan Pelajar Tanta (DPT) telah dipecah masuk. Kejadian disedari pada lewat petang oleh AJK program Pre-HO Disclose ketika mereka mula berkumpul untuk jamuan berbuka puasa apabila mendapati keadaan DPT yang berselerak.

Kejadian ini telah dilaporkan ke balai polis oleh Pengerusi PCT, saudara Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli, Timbalan Pengerusi DPMT, Ustaz Ahmad Shahir bin Zulkarnain bersama tuan rumah semalam.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak ketahui”
(al-Baqarah: 216)

Kejadian ini telah mengakibatkan beberapa aset berharga milik kita bersama turut hilang. Jabatan Bendahari telah menganggarkan kerugian yang dialami dalam insiden ini. Antara aset yang dilaporkan hilang ialah:

1. Tiga Pembesar Suara & Amplifier: 2265 LE
2. Mikrofon berwayar: 530 LE
3. Projektor berjenama Epson: Rm 1799 (7566 LE)

Jumlah Kerugian: 10361 LE

Sehubungan itu, tabung sumbangan dana untuk DPT akan dijalankan. Bagi mana-mana ahli yang berhasrat untuk menyumbang boleh disalurkan terus kepada Jabatan Bendahari:

Muhammad Fakhrul Haiyin bin Mutussin
(+20 112 641 4961)

Wan Nurbasyirah binti Wan Roslan
(+20 111 226 7675)

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui pautan di bawah:
https://www.youcaring.com/perubatancawangantanta-839046

Atau melalui akaun MAYBANK:-

110069065764
Muhammad Fakhrul Haiyin Bin Mutussin

Apabila sesuatu telah terjadi, ketahuilah bahawa perkara tersebut telah disusun atur oleh pencipta kita yang maha penyayang. Justeru, redha dan bermuhasabah ke atas perkara yang telah berlalu adalah sifat yang patut kita amalkan.

Semoga insiden ini turut menjadi pengajaran buat kita semua supaya sentiasa berhati-hati dan bersabar dengan ujian terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

“Apa yang ada di sisi kita akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal selama-lamanya. Allah pasti akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersabar.”

JB HAIYIN

 

Disediakan oleh,

Muhammad Fakhrul Haiyin bin Mutussin
Jabatan Bendahari

 

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jabatan Bendahari
PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018