unspecified

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menganugerahkan kepada kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat akramahullahu ajmain yang telah menunjukkan keteladanan yang baik kepada umat manusia juga menunjukkan jalan dakwah yang panjang buat para da’i.

Sepertimana yang kita semua maklum, baru-baru ini kita digemparkan dengan berita mengenai bom letupan di sekitar Tanta yang mensasarkan kawasan bangunan kerajaan dan gereja-gereja. Rentetan daripada itu, berdasarkan pengalaman menguruskan evakuasi di Tanta sebelum ini, beberapa pelan keselamatan dirangka, antaranya ialah mengemaskini data perumahan ahli Tanta yang sedia ada.

Borang direktori perumahan akan disampaikan melalui Majlis Ketua Batch dan diedarkan oleh Ketua dan Penolong Ketua Batch masing-masing dalam masa terdekat. Oleh itu, kami menyeru semua ahli agar memberikan kerjasama yang terbaik supaya proses ini dapat berjalan dengan lancar dan secepat yang mungkin.

Di samping itu juga, warga Malaysia di Tanta disaran meningkatkan penjagaan keselamatan dengan mengambil langkah berikut:
1. Memastikan dokumen keselamatan berada dalam keadaan yang selamat dan sentiasa bersama ketika melakukan perjalanan walaupun dalam kawasan Tanta.
2. Menghindari tempat-tempat pentadbiran kerajaan dan tempat perkumpulan orang ramai.
3. Mengelakkan perjalanan yang jauh seperti keluar daripada muhafazah melainkan jika perlu.
4. Terus melaporkan kepada pihak kami jika sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Marilah sama-sama kita berdoa agar keselamatan Mesir ini terjaga dan tidak lagi bertambah buruk.
Sekian, terima kasih.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
“Satu Hati, Satu PCT”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli.
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018.

 

Farah Alia binti Mat Said.
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018.