Manusia adalah hamba Allah yang memiliki peranan sebagai khalifah di bumi. Sejak manusia berada di alam ruh, kita telah mengikat janji dan sumpah setia mengenai tauhidullah yakni pengakuan bahawa Allah sebagai Tuhan. Pengakuan ini merupakan pernyataan mengenai kesiapan kita untuk melaksanakan segala apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala apa yang dilarangNya. Seperti di dalam Surah Al-A’raf ayat ke 172 yang bermaksud:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman); “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab; “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).”

solatDan perlu kita ketahui, saat kita melakukan ibadah solat juga kita sentiasa mengucapkan janji yang besar terhadap Allah iaitu ketika kita membaca doa Iftitah. Kalimat dalam doa Iftitah itu membawa maksud:

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku semata-mata hanya kerana Allah Tuhan sekalian alam.”

Tidak hairanlah Nabi SAW menyifatkan solat itu adalah tiang untuk agama Islam. Jika sempurna solat seseorang, maka sempurnalah juga amalannya yang lain. Jika cacat solat seseorang, maka cacat jugalah amalannya yang lain. Islam amat menitikberatkan solat dalam kehidupan seseorang muslim dan ianya menjadi perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak. Sesungguhnya solat itu mampu untuk mencegah seseorang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Dan dengan solat jugalah menjadi bukti seorang hamba mengabdikan diri kepada Tuhannya.

Perjanjian seorang hamba kepada Allah harus diterjemahkan dan ditunaikan dalam kehidupan seharian kerana ia bakal dipertanggungjawabkan apabila kita kembali menghadap Tuhan Yang Esa. Untuk menjadi orang-orang yang memelihara janji dan sumpah setia itu, hendaklah ia dijaga dengan Ilmu dan Amal kerana mempelajari ilmu, memahami agama dan kemudian dipraktikkan dalam bentuk amal adalah kewajipan seorang hamba. Ditambahkan lagi dengan 10 sifat individu muslim yang harus dipraktikkan menjadi pelengkap kepada perjanjian seorang hamba kepada Tuhannya.

quote fatimahManusia tidak akan terlepas daripada amanah dan tanggungjawab terutamanya tanggungjawab terhadap diri sendiri. Yakni mengenai bagaimana cara kita menyempurnakan tuntutan agama dalam diri kita selaku seorang muslim. Islam telah menetapkan kewajipan-kewajipan tertentu yang mesti ditunaikan seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Ramai orang tahu solat itu wajib dan menutup aurat itu wajib tetapi dek kerana iman yang lemah maka tidak mampu berbuat demikian. Ramai orang tahu pergaulan bebas itu dilarang tapi iman yang lemah pasti tidak mampu menghalangnya. Dengan itu, hendaklah kita sentiasa memperbaiki iman kita dengan Ilmu dan Amal.

Secara konklusinya, Fasal 1- Individu dalam Etika Umum Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) PERUBATAN amat bertetapan dijadikan perkara pertama yang perlu dititikberatkan oleh mahasiswa dan mahasiswi. Jika hubungan dengan Allah dapat dijaga dan dipelihara dengan baik, pasti Allah juga akan memelihara diri kita dalam perkara-perkara yang lain. Insya Allah.

 

Ditulis oleh:
Ainin Sofiya bt Baharudin
Graduan Pergigian Universiti Tanta

logo jaksi untuk hard copy

“Haq Tertegak, Biah Terpelihara”

Jawatankuasa Keselamatan Dan Sosial Islam,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018.

 

Rujukan:

• https://docs.google.com/viewerng/viewer?url=http://masjidbi.org/images/pdf/559.pdf
• https://salimbadjri.wordpress.com/2013/01/22/janji-tauhid-manusia-kepada-allah-sejak-alam-ruh/
• http://indahnya-muslim.blogspot.my/2016/04/tahukah-anda-ini-janji-besar-kita.html