[ BERITA : PERTEMUAN BERSAMA KOORDINATOR FAKULTI PERUBATAN ]

Barisan AJKT ikhwah bersama Dr. Amal Mahfouz.

Barisan AJKT ikhwah bersama Dr. Amal Mahfouz.

TANTA, 9 APRIL 2017 – Telah berlangsung satu pertemuan khas diantara barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta bersama Koordinator Fakulti Perubatan Universiti Tanta.

Perjumpaan ini telah diketuai oleh saudara Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli, Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018.

Pertemuan selama 30 minit ini digunakan untuk memperkenalkan PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam mengurus hal ehwal serta kebajikan pelajar Sains Kesihatan Malaysia di Universiti Tanta. Malah, kesempatan ini juga digunakan untuk memperkenalkan barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018.

Selain itu, antara perkara penting yang telah dibincangkan bersama Dr. Amal Mahfouz ialah:

1- Penerangan aktiviti dan progran yang dianjurkan oleh PCT
2- Masalah universiti
3- Masalah pelajar Malaysia
4- Isu semasa kes bom di Tanta

Justeru itu, Dr. Amal menasihati para pelajar Malaysia agar berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Dalam masa yang sama beliau juga menasihatkan supaya belajar bersungguh-sungguh dan mengambil kesempatan untuk menguasai bahasa arab sebaik mungkin.

Sesi ramah mesra pimpinan PCT bersama Dr. Amal diakhiri dengan pemberian cenderahati dan sesi bergambar. Pihak PCT mengharapkan dengan adanya perjumpaan seperti ini akan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli PERUBATAN Cawangan Tanta terutamanya bagi pelajar Perubatan.

“Satu Hati, Satu PCT”
#PERUBATANKelasPertama

PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *