unspecified

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum w.b.t.

Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. atas usaha dan jerih perih baginda kita masih dapat merasai nikmat iman dan Islam sehingga ke hari ini.

 

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita telah diberikan kesempatan dan peluang untuk menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cawangan pada 23 Mac yang lalu bagi mengisi dua kekosongan kerusi di peringkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) bagi sesi 2017/2018.

Alhamdulillah juga, sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil Cawangan yang telah berlangsung selama seminggu bermula dari 24 Mac 2017 hingga 31 Mac 2017, kedua-dua buah kerusi yang dipertandingkan telah berjaya dipenuhi oleh dua orang calon. Calon-calon tersebut telah melalui fasa I dan II PRK tanpa sebarang bantahan.

Merujuk kepada perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28. Nombor 1(c):

PENGURUSAN

  1. C) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

 

Berikut merupakan nama-nama beserta portfolio Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta yang baru dilantik setelah PRK dijalankan:

  • MUHAMMAD NAZRIN BIN HAMZAH

Biro Ekonomi

  • MOHAMMAD ILLIYAS BIN HABULAT

Biro Kebajikan

 

Alhamdulillah, pembahagian portfolio untuk setiap Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018 adalah seperti berikut:

BIL. Portfolio Nama Nombor Tel. Facebook
Pengerusi Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli +201126416140 Nur ‘Ariff Rosli
Timbalan Pengerusi Farah Alia binti Mat Said +201111736882 Farah Alia Mat Said
Naib Pengerusi I Anas bin Azmi +201117781982 Anas Azmi
Naib Pengerusi II Farah Najihah binti Mohamad +201151631500 Farah Najihah Mohamad
Jabatan Setiausaha Abdul Muhaimin bin Azman +201126416609 Abdul Muhaimin Azman
Nurul Faizah binti Rohaizat +201117793257 Nurul Faizah
Jabatan Bendahari Muhammad Fakhrul Haiyin bin Mutussin +201126414961 Fakhrul Haiyin Matussin
Wan Nurbasyirah binti Wan Roslan +201112267675 Basyirah Roslan
Biro Akademik Muhammad Syahrul Anwar bin Fadzil Hajazi +60135195539 Syahrul Hajazi
Afifah Farhana binti Aripin +201158782852 Farhana Aripin
Biro Pembangunan Insan Mohamad Aswan bin Taggiling +201100855646 AswanMati Pasti
Nor Insyirah binti Nor Asri +201124564323 Nor Insyirah
Biro Penerbitan dan Penerangan Azwan bin Omar +201159555297 Azwan Omar
Maisarah binti Othman +201159035766 Maisarah Othman
Biro Perumahan Mohamad Zulnaim bin Mohamad +201128466149 Zulnaim Mohamad
Anis Syakirah binti Mohd Ramli +201144088565 Anis Syakirah
Biro Kebajikan Mohammad Illiyas bin Habulat
Nurul Nadia binti Mohamed Zain +201100611464 Nurul Nadia
Biro Ekonomi Muhammad Nazrin bin Hamzah
‘Atirah binti Umar +201128188557 Atirah Umar
Biro Sukan dan Aktiviti Luar Abdul Haqqul Mateen bin Abdul Rani +201100382077 Haqqul Mateen Abd Rani
Anis Afifa binti Mirhan +201153317341 Anis Afifa Mirhan

 

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ مَثَلُ النِّحْلَةِ ، إِنْ أَكَلَتْ أَكَلَتْ طَيِّبًا ، وَإِنْ وَضَعَتْ وَضَعَتْ طَيِّبًا ، وَإِنْ وَقَعَتْ عَلَى عُودِ شَجَرٍ لَمْ تَكْسِرْهُ

“Perumpamaan seorang Mukmin seperti lebah, apabila ia makan maka ia akan memakan suatu yang baik. Dan jika ia mengeluarkan sesuatu, ia pun akan mengeluarkan sesuatu yang baik. Dan jika ia hinggap pada sebuah dahan untuk menghisap madu ia tidak mematahkannya.”

(HR. Al-Baihaqi]

 

Selamat menjalankan amanah diucapkan kepada Barisan Pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018 yang baru dilantik. Diharap semua ahli PCT dapat memberi kerjasama dan sentiasa menyokong seluruh pimpinan PCT pada sesi ini. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas setiap kebaikan yang kalian hulurkan. Semoga Allah sentiasa meredhai setiap gerak kerja yang kita lakukan.

Siiru a’la barakatillah,

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“Satu Hati, Satu PCT”

 

PENGERUSI

 

Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli.

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018.

 

 

farah png

 

Farah Alia bt Mat Said.

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018.