Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi, atas limpahan nikmat kesejahteraan, kesihatan serta nikmat kesatuan yang telah kita capai pada hari ini. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. atas usaha dan jerih-perih baginda kita masih dapat merasai nikmat iman dan Islam sehingga ke hari ini. Semoga rahmat dan redha-Nya senantiasa bersama-sama kita dalam meneruskan perjuangan di dunia ini.

Sudah hampir tiga minggu Mesyuarat Tahunan Cawangan Tanta Kali ke-10 melabuhkan tirainya. Tanpa kita sedari, sudah hampir tiga minggu juga PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) telah diterajui oleh tampuk pimpinan sesi 2017/2018.

“Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami pimpinan masih belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.”

Tidak lengkap sesebuah organisasi itu tanpa adanya orang yang lebih berpengalaman sebagai tempat rujukan dan pembimbing kepada mereka.

Merujuk kepada perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 30:
LEMBAGA PENASIHAT PERUBATAN CAWANGAN.
1. Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan selewat-lewatnya 14 hari selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan.
2. Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dipilih dalam kalangan ahli PERUBATAN yang berpengalaman.
3. Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan perlu melantik seorang ketua dalam kalangan mereka.
4. Bilangan Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan adalah tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang.
5. Tugas-tugas Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan adalah seperti berikut:

I. Menasihati Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.
II. Melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.
III. Melantik pemantau untuk proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sekiranya perlu.

Alhamdulillah, dengan sukacitanya kami mengumumkan nama-nama barisan penasihat PCT sesi 2017/2018. Seramai tujuh orang penasihat telah dilantik pada sesi kali ini.

16809599_10208046987964643_724908152_n

“Hak seorang Muslim atas Muslim yang lain ada enam: Jika engkau bertemu dengannya, maka ucapkan salam. Jika dia mengundangmu maka datangilah. Jika dia minta nasihat kepadamu, berilah nasihat. Jika dia bersin dan mengucapkan hamdalah maka balaslah (dengan doa: Yarhamukallah). Jika dia sakit maka kunjungilah dan jika dia meninggal maka hantarkanlah (jenazahnya ke kuburan).”

(HR. Muslim)
Selamat menjalankan amanah kepada semua barisan penasihat PCT sesi 2017/2018. Diharap semua ahli PCT dapat bersama-sama menyokong dan membantu dalam usaha menjaga biah dan keharmonian keluarga PERUBATAN Cawangan Tanta sehingga ke akhirnya, insya-Allah. Semoga Allah senantiasa redha dan merahmati kita semua dalam segala aspek.

Siiru ’ala barakatillah.

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“Satu Hati, Satu PCT”

 

Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli.
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018.

Farah Alia binti Mat Said.
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018.