Color-NEW-600x600

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam serta selawat dan salam atas junjungan besar, Nabi Muhammad saw kerana dengan berkat kasih sayang dan mujahadah Nabi kepada umatnya, maka kita semua masih lagi diberi peluang menikmati nikmat iman dan islam.

Baru-baru ini, pihak universiti telah menetapkan tarikh bagi penjelasan yuran pengajian untuk sesi 16/17 adalah selewat-lewatnya sebelum bulan April.
Hal ini kerana, peperiksaan praktikal bagi pelajar pergigian akan bermula pada awal bulan April.

Sehubungan itu, para pelajar diminta untuk menjelaskan yuran sebelum tarikh berkenaan bagi memudahkan urusan peperiksaan. Bagi pelajar yang mengalami masalah untuk menjelaskan yuran, sila maklumkan terus kepada Dekan Fakulti Pergigian, Prof. Dr Hoda M.A Rashad, di tingkat tiga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang masalah, kalian boleh merujuk terus kepada :

Ketua Jabatan Bendahari:
Muhammad Fakhrul Haiyin bin Matussin
+201126414961 📞

Timbalan Ketua Jabatan Bendahari:
Wan Nurbasyirah binti Wan Roslan
+201112267675 📞

“Pemacuan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”
Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018.