[ KENYATAAN RASMI: PELANTIKAN SEMULA JAWATANKUASA PILIHANRAYA CAWANGAN (JPC) ]

Color-NEW-600x600

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Sayyidina Ali bin Abi Thalib:
اَلْحَقُّ بِلاَ نِظَامٍ يَغْلِبُهُ اْلبَاطِلُ بِالنِّظَامِ
“Kebenaran yang tidak tersusun dapat dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.”

Kalam ini amatlah perlu dititikberatkan oleh semua pimpinan mahupun ahli PERUBATAN Cawangan Tanta agar sebuah persatuan dapat menjaga ahlinya dari segi kebajikan dan agama mereka dengan perancangan yang tersusun.

Beberapa bulan yang lalu, telah selesai proses pemilihan kepimpinan, di peringkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018. Namun atas beberapa keadaan yang berlaku, setelah selesai tempoh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) 2016, PERUBATAN Cawangan Tanta telah menyaksikan kekosongan beberapa jawatan/portfolio di peringkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

Dalam Perlembagaan PERUBATAN FASAL 28, PERKARA 3, CERAIAN (B) telah dinyatakan bahawa,

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika.”

Justeru itu, pada FASAL 27, PERKARA 1, CERAIAN (A),

“Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.”

Jadi, bagi mengisi kekosongan jawatan di peringkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Tanta ini, Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) peringkat Tanta dilantik semula bagi memastikan proses pemilihan kepimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta berjalan dengan lancar.

Selain itu, pada FASAL 30, PERKARA 5, CERAIAN (B), tugas Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan adalah untuk,

“Melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.”

Maka dengan ini Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018 telah bersetuju untuk melantik Abdul Aziz bin Abdul Ghani (Mahasiswa tahun enam perubatan) sebagai Pengarah dan Nuha Shahida binti Rozlan (Mahasiswi tahun lima perubatan) sebagai Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) bagi mengendalikan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) peringkat PERUBATAN Cawangan Tanta 2017/2018.

Diharap agar kita dapat sama-sama memeriahkan Pilihan Raya Kecil ini serta segala urusan ahli jawatankuasa dipermudahkan dan diberkati oleh Allah.

 

Sekian, terima kasih.

 

Mohd ‘Amir bin Shafwan
Ketua Lembaga Penasihat,
PERUBATAN Cawangan Tanta,
Sesi 2017/2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *