[ KENYATAAN RASMI : PENGUMUMAN PORTFOLIO AJKT SESI 2017/ 2018 ]

Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah setinggi- tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan redha Allah S.W.T kita masih lagi mampu untuk bernafas dan melaksanakan sunnah terbesar Baginda Nabi SAW,  iaitu dengan meneruskan dakwah perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W bagi menegakkan agama Islam di atas muka bumi- Nya. Selawat dan salam juga keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW atas usaha dan jerih perih baginda kita masih dapat merasai nikmat iman dan Islam sehingga kehari ini.

Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Tahunan Cawangan Tanta Kali ke- 10 melabuhkan tirainya. Maka dengan itu, berakhir sudah tampuk kepimpinan sesi 2016/ 2017.

“ Yang patah tumbuh, yang hilang berganti ”

Dengan berakhirnya MTC ke- 10 maka bermulalah sesi pimpinan yang baru bagi meneruskan legasi PCT.  Setelah selesai perjumpaan pertama pimpinan sesi 2017/ 2018 pada 17 Februari 2017 yang lalu,  maka dengan ini rasmilah seluruh pimpinan diposisi masing-masing.

Merujuk kepada perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28.  Nombor 1(c):

PENGURUSAN

1.C) Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa ( AJKT ) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama,  selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan,  kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Alhamdulillah, pembahagian portfolio untuk setiap Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018  adalah seperti berikut:

16809599_10208046987964643_724908152_n

“ Barang siapa bertaqwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak ia sangka- sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya. Sesungguhnya Allah bebas dalam melaksanakan kehendaknya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu menurut kadarnya” .( At-Talaq:2-3 )

 

Selamat menjalankan amanah yang diberikan kepada seluruh tampuk pimpinan baru PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/ 2018. Diharap semua ahli PCT dapat memberi kerjasama dan sentiasa menyokong seluruh pimpinan PCT pada sesi ini. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas setiap kebaikan yang kalian hulurkan. Semoga Allah sentiasa meredhai setiap gerak kerja yang dilakukan.

Seeru A’la Barakatillah,

 

“ Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati ”

“  Satu Hati,Satu PCT ”

 

Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli.

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018

 

Farah Alia bt Mat Said.

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *