Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi , Tuhan semesta alam, atas nikmat dan kurniaNya,kita dapat lagi bernafas dan meneruskan kehidupan di muka bumi  ini, dalam usaha kita untuk mengumpul bekalan buat kehidupan diakhirat kelak. Selawat dan salam juga buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW atas pengorbanan dan usaha baginda kita masih masih dapat lagi merasa nikmat Iman dan Islam. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan pengikut Baginda yang mendapat syafaat dihari akhirat kelak.

 “.. bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal”.  (surah al-Imran : 159)

Ayat diatas menyentuh mengenai keperluan untuk bermesyuarat dalam sesebuah organisasi atau persatuan. Ianya juga menekankan  keperluan kepada kita untuk melaksanakan musyawarah atau mesyuarat dalam menghasilkan satu keputusan. Mesyuarat merupakan medium utama dalam pendidikan dan pencambahan idea untuk dipraktikkan oleh semua ahli baik pimpinan tertinggi mahupun ajk kecil program/aktiviti. Malah, ianya selari dengan ajaran Islam itu sendiri yang menginginkan umatnya agar sentiasa bergerak bersama-sama dalam sebuah kumpulan, bermuhasabah serta mengkoreksi diri bagi menghasilkan tindakan yang lebih baik dan tersusun.

MTC yang saban tahun diadakan ini adalah  bertujuan untuk memberi peluang dan ruang  kepada ahli dan pimpinan untuk bertukar pandangan, bermuhasabah disamping mengeratkan ukhuwwah dan kesatuan bersama dalam usaha membentuk dan memacu PCT kearah yang cemerlang.

Butiran Mesyuarat Tahunan Cawangan Tanta ke-10 adalah seperti berikut :

Tarikh : 17 Februari 2017
Masa : 7.45 pagi
Tema : Kita Keluarga PERUBATAN

Dengan itu, Jabatan Setiausaha (JSU) PCT Sesi 2016/2017, menjemput seluruh warga PCT untuk menjadi perwakilan  pada Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-10  bagi membawa suara-suara ahli, mahupun sebagai pemerhati untuk kebaikan pada masa akan datang.

Wallahua’lam.

Berikut adalah lampiran surat jemputan ke MTC kali ke-10:

surat jemputan MTC X

 

Satu Hati, Satu PCT”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

alif

 

 

 

 

MUHAMMAD ALIFF BIN HASNAN
Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2016/2017.

farah

 

 

 

 

FARAH ALIA BT MAT SAID
Timbalan,
Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Tanta 2016/2017.