بسم الله الرحمن الرحيم

Pada jam 4.00 pagi, kita dikejutkan dengan serbuan ke atas beberapa rumah ahli oleh pihak polis Mesir. Saksi terawal untuk kes ini telah melaporkan dan menceritakan hal yang berlaku kepada pihak pengerusi dan pengarah JAKSI PCT seuisai waktu Subuh.

Susulan penerimaan laporan tersebut pengarah JAKSI PCT, saudara Zul Ariffin Helmy bin Reduan bersama penasihat PERUBATAN Cawangan Tanta, saudara Abdul Aziz bin Abdul Ghani dan saudara Muhammad Amsyar Auni bin Lokman telah bertindak pantas dengan terus berurusan dengan pihak polis yang terlibat. Pengerusi PCT, saudara Muhammad Shahrin Aminudin bin Mahayuddin serta Pengerusi DPMT, Ustaz Wan Muhammad Khalil bin Wan Hussin turut hadir bersama ke lokasi sejurus menerima laporan tersebut.

Menurut saksi, seramai 5 atau 6 orang anggota polis (setelah disahkan menerusi kad kuasa polis) telah menyerbu sebilangan rumah ahli bagi mendapatkan semua passport pelajar Wafideen (Warga Asing). Sebelum itu, pihak polis turut menyerbu rumah warga asing yang lain seperti Syria dan lain-lain.

Pengerusi PCT dengan pantasnya turut melaporkan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah bagi mendapatkan nasihat dan menyampaikan laporan secara terus bagi menangani isu ini. Pihak JAKSI menjangkakan perkara ini berlaku susulan daripada persediaan pihak polis dalam menghadapi rusuhan besar-besaran yang dijangka diadakan pada 11 November ini.

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah meminta kepada Pengerusi PCT dan DPMT untuk mengumpulkan dan menyerahkan passport kesemua ahli kepada pihak polis di Medan Sa’ah, Awal Bahr. Walau bagaimanapun, pihak persatuan masih lagi dalam proses penelitian berkenaan permintaan pihak polis tersebut. InsyaAllah pihak persatuan akan mengemaskini status dan maklumat terbaru berkenaan hal ini di laman rasmi PERUBATAN Cawangan Tanta.

Berikutan kes ini, pihak JAKSI PERUBATAN Cawangan Tanta 2016/2017 menggariskan beberapa panduan yang mesti dilaksanakan oleh seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Tanta:

 

  1. Sentiasa membawa dokumen perjalanan rasmi bersama (Passport & Kad Pelajar)
  2. Memastikan Visa dalam tempoh yang sah dan telah diperbaharui
  3. Tidak membuka pintu imarah/rumah kepada mana-mana pihak terutamanya warga Mesir kecuali setelah dipastikan oleh Tuan Imarah dan memaklumkan terus kepada Pengerusi PCT
  4. Tidak memberikan passport kepada mana-mana pihak dengan sewenangnya
  5. Mengikuti PEKELILING GARIS PANDUAN KESELAMATAN RASMI yang telah dikeluarkan oleh pihak KBMK dan JAKSI PERUBATAN
  6. Tidak menghampiri kawasan-kawasan yang dijangka akan menjadi tumpuan semasa hari rusuhan

 

Sebarang rujukan dan laporan bolehlah dimaklumkan terus kepada :

 

PENGARAH JAKSI

Zul Ariffin Helmy Bin Reduan

(+20111-994 2878)

 

TIMB. PENG. JAKSI

Nik Aishah Nik Rashiddin

(+20111-173 6967)

 

PENGERUSI

Muhammad Shahrin Aminudin Bin Mahyuddin

(+20111-223 9831)

 

TIMB. PENGERUSI

Mariatul Qibtiyah Binti Safee

(+20111-900 4862)

 

logo jaksi untuk hard copy

“Haq Tertegak Biah Terpelihara”

Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI)

PERUBATAN Cawangan Tanta 2016/2017