[ KENYATAAN RASMI: PERPINDAHAN MARKAS DEWAN PELAJAR TANTA ( DPT ) ]

Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW serta seluruh ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat.

Tanggal 20 September 2016 jam 5.00 petang menyaksikan satu keputusan yang besar telah diputuskan di peringkat Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Tanta, di mana kesemua AJKT yang hadir di dalam mesyuarat tergempar AJKT pada waktu itu telah memutuskan untuk berpindah markas daripada markas sedia ada ke markas yang baru.

 

SEWA YANG MAHAL DAN MASALAH-MASALAH LAIN

Keputusan untuk berpindah markas mendapat undian sebulat suara AJKT berikutan beberapa masalah besar yang dihadapi oleh PERUBATAN Cawangan Tanta, selepas situasi semasa markas sedia ada dibentangkan oleh Ketua Jabatan Bendahari, saudara Muhammad Aiman bin Marzuki.

Berikutan sewa bulanan markas yang meningkat daripada LE 2500 kepada LE 4000 setelah tempoh akad markas dua tingkat itu tamat pada awal September tempoh hari. Sebelum ini, harga sewa hanyalah LE 1500 pada 2012.

Dalam masa yang sama, kemasukan dua sumber dana terbesar iaitu Sistem Infaq Berunit dan Projek Dana PERUBATAN semakin berkurangan mutakhir kini.

Tambahan pula, kondisi markas yang semakin tidak selesa dengan gangguan-gangguan seperti serangan tikus dan banjir tatkala musim sejuk bermula, serta bilangan ahli yang semakin berkurang secara mendadak menjadi antara sebab kepada perpindahan ini untuk diputuskan. Buat pengetahuan semua ahli, tempoh sewaan markas PCT yang terletak di Awal Shouber itu telah mencapai usia 5 tahun bermula pada awal 2012 yang lampau, satu tempoh sewaan yang amat lama bagi komuniti pelajar Malaysia.

 

KEPUTUSAN BERSAMA TANDA KASIH SAYANG

Adapun markas yang terisi 1001 kenangan pahit manis warga Malaysia di Tanta ini dinaungi bersama oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT). Keputusan yang sama telah disepakati oleh para pimpinan tertinggi organisasi yang menaungi hampir 100 penuntut pengajian Islam di Universiti al- Azhar, Tanta yang terletak di Siberbay.

Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta sesi ini, Ust Wan Mohd Khalil bin Wan Hussin turut sama hadir dalam perbincangan dalam masalah markas yang melibatkan Majlis Tertinggi PCT pada 19 September sebelum itu sebagai tanda ikatan yang kukuh di antara warga sains kesihatan dan pengajian Islam di lokaliti ini.

 

MARKAS SEBAGAI JASAD – PERMOHONAN BANTUAN, SAHAM AKHIRAT

Dalam menyedari kepentingan markas sebagai medium rasmi pergerakan persatuan serta aktiviti dan program ahli, dapat kami umpamakan kedudukan markas dan ahli seperti jasad dan roh, tidak boleh terpisah.

Maka, kami barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta amat berbesar hati untuk menerima sebarang sumbangan dalam pelbagai bentuk, sepanjang usaha perpindahan markas ini berlangsung. Kami bersaksi bahawa ramai dalam kalangan ahli PERUBATAN di lokaliti Tanta telah pun banyak menyumbang kepada pergerakan persatuan tercinta sehinggalah ke saat ini, senior mahupun junior.

Ta’min ( Bayaran Cagaran Rumah) untuk markas yang baru dijangkakan mencecah LE 3000 berdasarkan perbincangan bersama Tuan Rumah melalui Biro Perumahan.

Bagi sebarang sumbangan atau maklumat yang ingin disampaikan , boleh merujuk kepada Jabatan Bendahari, menerusi talian yang tertera di bawah:

 

Muhammad Aiman bin Marzuki (Ketua Jabatan Bendahari)

+201116770768 (Whatsapp/Call)

Dayang Nur Wahidah binti Ramlan ( Timbalan Jabatan Bendahari)

+201155119973 (Whatsapp/Call)

 

Akhir sekali, kami berharap agar segala urusan ini dipermudahkan Allah, dan segala usaha ini mendapat sokongan dan dokongan daripada ahli secara keseluruhan.

 

Jalur masa perpindahan akan kami umumkan di Facebook halaman rasmi PCT ( PERUBATAN Cawangan Tanta ):

https://www.facebook.com/PERUBATANCwgnTanta/?pnref=story

 

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum WBT.

 

“1 Hati, 1 PCT”

“At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah”

 

SHAHRIN

 

 

 

 

 

 

 

 

MUHAMMAD SHAHRIN AMINUDIN BIN MAHAYUDDIN

PENGERUSI

PERUBATAN Cawangan Tanta 2016 / 2017.

Maria

 

 

 

 

 

 

 

 

MARIATUL QIBTIYAH BINTI SAFEE

TIMBALAN PENGERUSI

PERUBATAN Cawangan Tanta 2016/ 2017.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *