Kenyataan Rasmi: Jadual Pemangkuan AJKT PCT 2016/2017

Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah dan kurnia-Nya kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita juga tergolong sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat Baginda kelak.

Berikutan cuti musim panas kali ini, beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta akan pulang ke Malaysia. Sehubungan dengan itu, portfolio AJKT tersebut akan dipangku oleh AJKT yang berada di Mesir.
Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut dan mana-mana biro, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang telah dilantik.
Berikut merupakan Jadual Pemangkuan AJKT PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) sepanjang cuti musim panas :

Sepanjang masa di Mesir :

1. Muhammad Aliff bin Hasnan
2. Anas bin Azmi
3. Mariatul Qibtyah bt Safee
4. Farah Dina binti Omar
5. Nur Afirah binti Zainal

 

Jadual Pemangkuan AJKT :

(rujuk jadual)

13616334_10206365646412155_1282657381_o

 

Pemangkuan Pengarah dan Timbalan Pengarah JAKSI sepanjang cuti musim panas 2015:
Berikutan ketiadaan Timbalan Pengarah JAKSI PCT, bermula 28 Julai sehingga awal September, jawatan tersebut akan dipangku oleh TImbalan Pengerusi, Mariatul Qibtiyah bt Safee.

Selamat bercuti kepada seluruh warga PCT. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan ini diterima. Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
كُلُّ عَامٍ وَ أَنْتُمْ بِخَيْرٍ .تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

 

Sekian, terima kasih.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Satu Hati, Satu PCT”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

MUHAMMAD SHAHRIN AMINUDIN BIN MAHAYUDDIN

PENGERUSI

PERUBATAN CAWANGAN TANTA SESI 2016/ 2017

Maria

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MARIATUL QIBTIYAH BINTI SAFEE

TIMBALAN PENGERUSI

PERUBATAN CAWANGAN TANTA SESI 2016/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *