[ KENYATAAN RASMI : ISU YURAN UNIVERSITI ]

Color-NEW-600x600

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana masih berada dalam nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi sejak sekian lama. Selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan juga sahabat-sahbat baginda. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya, dan sentiasa memperoleh petunjukNya dalam setiap urusan.

Sedar atau tidak, peperiksaan akhir tahun akan menjengah tidak lama lagi. Satu pertemuan rasmi antara wakil Fakulti Perubatan dan juga Pergigian, Universiti Tanta dengan pihak PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) yang diwakili oleh Jabatan Bendahari telah diadakan. Pertemuan ini bertujuan untuk mendapat kepastian tentang status pelajar yang belum membayar yuran.Berikut merupakan resolusi hasil pertemuan tersebut :

1. Pelajar yang tidak membayar yuran untuk sesi ini, TIDAK AKAN dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir bertulis bagi kedua dua fakulti dan tidak dibenarkan menyertai ‘jaulah gamaah’.
2. Yuran perlulah dibayar penuh dalam matawang Dollar.

Berikut merupakan 3 cara yang boleh dilakukan untuk membayar yuran :
1. Membuat ‘bankdraft’ di Malaysia dan menghantarnya ke mesir.
2. Menukar duit daripada Egyptian Pound (EGP) kepada dollar di pusat pengurup wang berlesen.
3. Menghantar duit ke account bank di Mesir melalui ‘telegram transfer’ dan boleh dikeluarkan terus dalam Dollar.

Perbincangan supaya diberi kelonggaran atau alternatif lain mengenai pembayaran yuran ini juga telah dilakukan. Namun, pihak universiti memberi jawapan yang sama kerana hal ini adalah arahan secara langsung daripada pihak kementerian dan pihak universiti perlu menurutinya. Justeru itu, PCT menyeru dan menggesa kepada semua pelajar yang belum melakukan pembayaran yuran untuk segera membuat pembayaran yuran bagi membolehkan kalian untuk menduduki peperiksaan akhir untuk tahun ini. Jika terdapat sebarang kesulitan bolehlah menghubungi Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Tanta. Sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Tanta 2016/2017

Pengurusan Kewangan Berkualiti,Kredibiliti PERUBATAN Diperakui.

AvNHOfqu_U0n5GdNPfxX5w27g9luB-41UCzBqZURuG5e

Pautan lain:

| Home | Universiti | Education Malaysia | About PCT | Contact Us | Carta Organisasi PCT |

Perkhidmatan Lain:

| Pejabat PCT | E-Aduan | E-Kaunseling | TKS | Jadual Mushrif | Peminjaman Aset | Carta Alir Posting Elektif | |Panduan Melanjutkan Pelajaran Ke Timur Tengah|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *