TANTA, 2 APRIL 2016 – Telah berlangsung satu pertemuan khas diantara barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta bersama dekan Fakulti Pergigian Universiti Tanta , Profesor Dr Hoda Mohamed Amin beserta koordinator pergigian pelajar Malaysia , Professor Abeer Darrag

.BULAT

Perjumpaan ini telah diketuai oleh saudara Muhammad Shahrin Aminudin bin Mahayuddin,Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2016/2017.

Pertemuan selama 45 minit ini digunakan untuk memperkenalkan PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam mengurus hal ehwal serta kebajikan pelajar Sains Kesihatan Malaysia di Universiti Tanta. Malah, kesempatan ini juga digunakan untuk memperkenalkan barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2016/2017.

Selain itu, antara perkara penting yang telah dibincangkan bersama Dr. Hoda dan Dr. Abeer adalah berkaitan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Fakulti Pergigian Universiti Tanta. Antaranya ialah:

1-Bilangan kerusi pelajar pergigian yang tidak mencukupi
2-Kelewatan pengumuman tarikh peperiksaan akhir
3-Masalah fail
4-Ketetapan pengambilan Sanah Imtiyaz
5-Masalah kesihatan pelajar

Isu-isu ini bukanlah isu baru dihadapi oleh para pelajar pergigian. Oleh itu, barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2016/2017 amat optimis dalam usaha utuk membantu pelajar-pelajar pergigian dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Selain mengutarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar, Dr. Hoda juga ada bertanyakan mengenai kelebihan yang para pelajar peroleh dengan belajar di Mesir. Sudah semestinya banyak kelebihan yang dapat diperoleh oleh pelajar-pelajar Malaysia disini yang tidak dapat diperoleh ditempat lain. Antaranya ialah dapat mempelajari serta merasai suasana dan budaya masyarakat arab Mesir. Malah tenaga pengajar yang disediakan oleh pihak Universiti juga amat memuaskan dimana semuanya memiliki ilmu yang tinggi serta kepakaran dalam bidang masing-masing.

Sesi ramah mesra pimpinan PCT bersama Dr. Hoda diakhiri dengan pemberian cenderahati dan sesi bergambar. Pihak PCT mengharapkan dengan adanya perjumpaan seperti ini akan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli PERUBATAN Cawangan Tanta terutamanya bagi pelajar Pergigian.

HADIAH

BARIS TERSUSUN

 

 

“Bridging the Community”

Biro Penerbitan dan Penerangan,

PERUBATAN Cawangan Tanta 2016/2017.