[ BERITA : CULTURAL DAY I PENGANTIN BERSANDING KALI KEDUA ]

[ CULTURAL DAY  PENGANTIN BERSANDING KALI KEDUA ]

 

13020456_10205875596281208_561357502_n

TANTA , 14 April 2016  -Telah berlangsung dengan jayanya Cultural Day dengan kerjasama antara Tanta Medical Student Union  (TMSU)  bersama wakil pelajar dari setiap negara yang belajar di Universiti Tanta. Program Cultural Day yang diadakan bertempat di Fakulti Perubatan , Universiti Tanta menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat global. Program yang meriah ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar dari negara yang pelbagai seperti, Mesir, Syria, Iraq dan juga Palestine.

Booth Malaysia merupakan satu-satunya booth yang amat meriah serta berwarna-warni.  Antara tarikan yang terdapat di booth Malaysia adalah gambar-gambar serta penerangan mengenai tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia. Pengunjung diberi peluang untuk mencuba makanan-makanan Malaysia. Oleh kerana warga tempatan Mesir selalu keliru antara Malaysia dan Cina, pada Cultural Day ini para pengunjung didedahkan mengenai kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia. Pengunjung juga teruja untuk mencuba permainan tradisional seperti batu seremban.

 

13016683_10205875596161205_1719817251_o13022421_10205875595761195_47616964_n
Acara kemuncak bagi pameran ini adalah persembahan dari setiap negara dan menariknya Malaysia mempersembahkan acara perkahwinan tradisional Melayu. Pasangan mempelai yang baru sahaja mendirikan rumahtangga beberapa bulan yang lalu. Saudara Arif Ahmad (Pengarah Unit Bait Muslim) dan pasangan saudari Zaiyan Masturah ( Timbalan Pengarah Unit Bait Muslim) akhirnya bersanding lagi buat kali keduanya. Mereka diiringi dengan paluan kompang serta persembahan silat yang mantap daripada pelajar.

 

13023404_10205876218696768_984406752_n

13035494_10205876218736769_1234852773_o

 

PERUBATAN Cawangan Tanta berharap agar ahli-ahli PERUBATAN Cawangan Tanta dapat menjadi duta-duta kecil dalam memperkenalkan budaya Malaysia di peringkat global.

” Satu Hati Satu PCT ”

 

Disediakan oleh,
Farah Alia bt Mat Said,

Timbalan  Setiausaha ,

PERUBATAN Cawangan Tanta 2016 / 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *